Ulasan Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Sepanjang Minggu Ini (14 – 18 Ogos)

104

 

US dolar merekod kenaikan secara keseluruhan sepanjang minggu ini tetapi dalam keadaan dagangan yang bercampur-campur dengan terdapat banyak faktor yang mendominasi pergerakan matawang ini.

Dalam awal sesi dagangan minggu ini, US dolar memulih dari kejatuhan minggu sebelum itu apabila risiko geopolitik US semakin berkurangan dengan Korea Utara. Oleh sebab itu, pasaran dapat melihat kejatuhan aset safe-haven (Yen, Swissy dan Emas) pada Isnin dan Selasa. Kenaikan US dolar pada Selasa semakin bertambah apabila data jualan runcit merekod kenaikan yang begitu signifikan, walaupun data CPI pada minggu sebelum itu tidak memberangsangkan.

Pada Rabu, pasaran bergerak perlahan dengan majoriti pasangan matawang utama dunia bergerak sideway sementara menunggu minit mesyuarat FOMC dikeluarkan pada 2 pagi Khamis. Komen dovish secara keseluruhan dalam minit tersebut telah menyebabkan kejatuhan mendadak US dolar dalam sesi dagangan Rabu.

US masih lagi tertekan dengan faktor Trump yang mana menjadi kebimbangan pasaran dan juga penting bagi pelabur apabila risiko polisi fiskal beliau semakin buruk. Pasaran semakin ragu dengan kebolehan pentadbiran baru untuk membuat reformasi terutamanya dalam percukaian dan infrastruktur.

Terdapat juga khabar angin yang mengatakan penasihat ekonomi White House, Gary Cohn akan meletak jawatan, namun telah dinafikan sendiri oleh beliau.

US dolar terus tertekan dalam sesi dagangan Jumaat, apabila dua faktor utama iaitu polisi monetari dan polisi fiskal US terus menjadi faktor penjualan US dolar, sehinggalah lewat sesi dagangan hari tersebut, Steve Bannon ketua strategi White House meletak jawatan telah menyokong sedikit pengukuhan US dolar sebelum penutupan pasaran.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu ini kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu ini dan minggu lepas untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

07 – 11 Ogos 14 – 18 Ogos
Eur/Usd- naik 157 pip Eur/Usd- volatile 176 pip
Usd/Jpy– jatuh 219 pip Usd/Jpy– volatile 235 pip
Gbp/Usd– sideway 120 pip Gbp/Usd– jatuh 191 pip
Usd/Chf- jatuh 189 pip Usd/Chf- volatile 179 pip
Usd/Cad– sideway 124 pip Usd/Cad– jatuh 221 pip
Aud/Usd– sideway 109 pip Aud/Usd– naik 155 pip
Nzd/Usd– jatuh 165 pip Nzd/Usd– volatile 112 pip

Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat ulasan kalendar ekonomi utama sepanjang minggu ini.

Data jualan runcit New Zealand (Isnin)

Indeks jualan runcit New Zealand meningkat 2.0% pada suku kedua tahun ini, melebihi jangkaan 0.7%. Di Jepun pula, GDP suku tahun kedua menaik 0.6%, dan 2.5 pada unjuran tahunan.

  • Data keluaran industri China (Isnin)

Pengeluaran industri China meningkat 6.4% bulan lalu, namun meleset daripada jangkaan pasaran 7.1%. Pelaburan aset tetap juga meleset daripada jangkaan 8.6% di mana bulan lalu hanya naik 8.3%.

  • Minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (Selasa)

Sambutan hangat terhadap pasaran perumahan di Autralia menyebabkan pembuat polisi, Reserve Bank of Australia (RBA) akan sentiasa meneliti dan mengawasi dengan lebih ketat di mana penyata imbangan isi rumah semakin meningkat.

  • Data inflasi UK, cpi (Selasa)

Indeks harga pengguna UK pada bulan Julai jatuh 0.1%, dengan jangkaan tiada perubahan pada kadar untuk bulan tersebut. Data tahun ke tahun tidak berubah 2.6% berbanding walaupun  pasaran menjangkakan peningkatan kepada 2.7%. Harga teras pula kekal dengan data tahun ke tahun tidak berubah di paras 2.4% berbanding jangkaan 2.5%

  • Data jualan runcit US (Selasa)

Jualan runcit US merekodkan kenaikan tertinggi sejak tujuh bulan lalu pada Julai apabila pengguna dilihat berbelanja lebih banyak yang menggambarkan ekonomi meneruskan momentum lebih awal pada suku ketiga.

  • Data pekerjaan UK (Rabu)

Pasaran pekerjaan begitu memberangsangkan dalam data yang dikeluarkan pada Rabu, meningkatkan semula keyakinan terhadap pengetatan polisi monetari Bank of England (BoE). Kadar pengangguran berkurangan kepada 4.4% dalam tempoh tiga bulan sehingga Jun dari 4.5% sebelum ini jika dibandingkan dengan ramalan. Kadar semasa 4.4% adalah kadar terendah sejak tahun 1975.

  • Minit mesyuarat FOMC (Khamis)

“Kebanyakkan ahli melihat kadar inflasi akan kekal di bawah 2 peratus untuk jangka masa lebih lama daripada apa yang diramalkan, dan ada juga antara mereka menyatakan risiko pada inflasi ini cenderung bergerak ke bawah” kata Fed dalam minit mesyuarat.

Kebimbangan the Fed terhadap kejatuhan inflasi mungkin akan menyebabkan proses pengetatan polisi monetari diperlahankan walaupun perkembangan ekonomi yang sederhana dengan kadar pengangguran bagi bulan Julai susut 4.3% ke paras terendah bulan Mei 16 tahun yang lalu.

  • Data pekerjaan Australia (Khamis)

Pasaran buruh Australia terus meningkat pada bulan Julai berikutan majikan telah menaikkan gaji selama lima bulan berturut-turut. Walau bagaimanapun, laporan lebih tertumpu kepada peningkatan pekerjaan sambilan yang menjadi kebimbangan pasaran sebelum ini.

  • Data jualan runcit UK (Khamis)

Jumlah jualan runcit di UK naik 0.3% pada Julai berbanding jangkaan 0.2%. Bacaan sebelum ini iaitu pada Jun dikaji semula kepada hanya kenaikan 0.3% dari 0.6%. Dari segi bacaan tahunan kadar ini jatuh kepada 1.3% dari 2.8% sebelum ini.

  • Minit mesyuarat ECB (Khamis)

Minit mesyuarat ECB yang dikeluarkan pada Khamis menunjukkan terdapatnya kebimbangan terhadap potensi untuk pasaran mencapai lebih daripada yang disasarkan bank pusat (market overshooting), terutamanya dalam pasaran matawang.

Minit kali ini juga menyatakan bahawa inflasi ketika ini sedikit di bawah jangkaan yang disebabkan oleh impak harga minyak dan kadar tukaran matawang.

  • Harga pengguna, cpi Kanada (Jumaat)

Harga pengguna (CPI) Kanada tidak berubah pada Julai yang mana sejajar dengan jangkaan pasaran. Jika dilihat data pada bulan ini lebih tinggi (0.0%) berbanding dengan kejatuhan 0.1% pada Jun.

Harga teras (Core-CPI) pula tidak berubah pada Julai yang sejajar dengan jangkaan pasaran di mana kadar ini tidak berubah dari segi tahunan di paras 0.9%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat