Ulasan Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Sepanjang Minggu Lalu (28 Ogos – 01 Sept)

53

US dolar berada di bawah tekanan dalam awal dagangan minggu lalu khususnya dalam sesi dagangan Isnin, namun berjaya mendapat kekuatan semula terutamanya menjelang pembukaan pasaran New York pada Selasa.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu ini kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu ini dan minggu lepas untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

21 – 25 Ogos 28 Ogos – 01 Sept
Eur/Usd- naik 210 pip Eur/Usd- jatuh 247 pip
Usd/Jpy– volatile 120 pip Usd/Jpy– naik 240 pip
Gbp/Usd– volatile 142 pip Gbp/Usd– sideway 142 pip
Usd/Chf- jatuh 147 pip Usd/Chf- naik 250 pip
Usd/Cad– jatuh 142 pip Usd/Cad– jatuh 323 pip
Aud/Usd– naik 88 pip Aud/Usd– naik 125 pip
Nzd/Usd– jatuh 146 pip Nzd/Usd– jatuh 167 pip

 

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat ulasan keseluruhan pasaran sepanjang minggu ini.

Pada Isnin, US dolar masih mendapat kesan negatif daripada simposium Jackson Hole di mana Janet Yellen yang dijangka oleh pasaran akan memberi komen tentang perancangan pengetatan polisi langsung tidak menyebut tentang polisi monetari. Beliau sebaliknya menjelaskan tentang regulasi pasaran kewangan Amerika Syarikat yang mana sejak 2008 regulasi (volcker rule) adalah bertujuan untuk mengelak daripada kejadian kemelesetan ekonomi. Hal ini telah menyebabkan pasaran kecewa seterusnya US dolar melemah pada 25 Ogos.

Kita dapat melihat kelemahan US dolar berterusan pada Isnin terutamanya berbanding euro di mana sentimen terhadap euro selepas Jackson Hole adalah positif apabila Presdien ECB Mario Draghi langsung tidak memperkatakan tentang kekuatan matawang euro dalam simposium tersebut.

Kelemahan US dolar berterusan apabila pada awal dagangan Asia pada Selasa, Korea Utara sekali lagi menguji peluru berpandu dan kali ini terbang melepasi Jepun dan berakhir di perairan Jepun seterusnya mencetuskan sentimen ‘risk-off’. Kita dapat melihat kelemahan US dolar sehinggalah masuk ke sesi Eropah pada hari tersebut. Namun, US dolar menguat semula apabila respon daripada White House dilihat sederhana berbanding sebelum ini di mana US-Korea Utara saling berbalas ancaman. Kali ini respon dikeluarkan sendiri oleh White House.

Sejak daripada respon US pasa Selasa, kita dapat melihat kenaikan berterusan US dolar (USD/JPY) sehingga menjelang pembukaan pasaran US pada Khamis. Dengan sentimen pasaran yang semakin baik, data-data US pada Rabu juga begitu memberangsangkan di mana data ADP-NFP merekod tambahan pekerjaan lebih daripada jangkaan dan paling penting adalah data pertumbuhan US (GDP) yang juga melebihi jangkaan pasaran. Hal ini menambah lagi kenaikan US dolar pada Rabu.

Pada Khamis, pasaran tertumpu kepada data inflasi yang dikatakan menjadi pilihan The Fed iaitu PCE (personal consumption expenditure) atau dalam bahasa melayu perbelanjaan penggunaan peribadi. Data ini gagal mengesahkan pengukuhan US dolar dalam jangka masa yang lebih lama apabila data kurang daripada jangkaan di mana seperti yang kita tahu bank pusat ketika ini lebih tertumpu kepada data inflasi.

Tibalah hari Jumaat minggu lalu (1 September) iaitu hari yang ditunggu-tunggu setiap bulan di mana data NFP (non-farm payroll) pula dikeluarkan. Pasaran sudah tentu mahu melihat isyarat yang lebih jelas tentang tren inflasi US bagi mengesahkan pengukuhan US dolar adakah dapat bertahan lebih lama. Namun, data NFP pada Jumaat adalah mengecewakan walaupun pasaran bergerak sebaliknya dengan US dolar mengukuh di mana ia dilihat lebih kepada aktiviti ‘take-profit’ oleh pasaran menjelang cuti musim panas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat