Ulasan Pergerakan US Dolar Selepas News Besar FOMC Pagi Tadi

994

US dolar kini berada di paras tertinggi hampir dua minggu lalu berbanding matawang-matawang utama yang lain pada Khamis selepas The Federal Reserve mengeluarkan minit mesyuaratnya awal pagi tadi. Apa yang menyebabkan kenaikan matawang greenback adalah jangkaan pasaran terhadap kenaikan kadar faedah yang lebih pantas pada tahun ini.

Matawang US dolar kini semakin mengukuh dengan pair USD/CAD naik 87 pip dari paras terendah Rabu, EUR/USD jatuh 100 pip dan GBP/USD jatuh 140 pip dari paras tertinggi hari Rabu.

Minit mesyuarat The Fed menunjukkan jangkaan yang lebih kukuh terhadap pertumbuhan ekonomi sekaligus meningkatkan potensi kenaikan kadar faedah. Majoriti ahli jawatankuasa FOMC atau ahli The Fed melihat keperluan untuk melanjutkan kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur.

Walaupun US dolar mengukuh berbanding matawang-matawang utama yang lain, tetapi USD/JPY susut hari ini berikutan kejatuhan pasaran saham Wallstreet. Kejatuhan Wallstreet khususnya S&P500, Dow Jones dan Nasdaq telah memburukkan sedikit sentimen dan menyebabkan peralihan pelabur kepada Yen. USD/JPY setakat pada pukul 4.29 petang susut 0.39%.

Kadar faedah Fed seakan pasti dinaikkan pada Mac, dan minit mesyuarat juga menunjukkan seakan terdapat naik-taraf terhadap jangkaan ekonomi di masa hadapan. Jadi ini menyebabkan pasaran menjangka kenaikan kadar faedah Fed sebanyak empat kali pada tahun ini berbanding unjuran Fed pada Disember sebanyak tiga kali kenaikan kadar faedah.

Dengan jangkaan pasaran terhadap kenaikan kadar faedah lebih tinggi daripada unjuran The Fed, telah melonjakkan US dolar sejak minit mesyuarat dikeluarkan pukul 3 pagi tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat