Ulasan Pergerakan US Dollar Sepanjang Minggu Lalu (7-11 Mei)

744

US dollar didagangkan bercampur-campur sepanjang minggu lalu dengan indeks US dollar membuat kenaikan pada awalnya dan membuat penurunan pada tiga hari terakhir. Pergerakan ini sekaligus menyebabkan pembentukan pattern ‘doji’ di time-frame mingguan. Selepas membuat kenaikan pada 3 minggu berturut-turut sebelum ini, akhirnya indeks US dollar membuat sedikit penurunan pada minggu lalu.

US dollar pada mulanya membuat kenaikan pada Isnin sehingga sesi Eropah pada Rabu sebelum jatuh sehingga hari Jumaat.

Kenaikan US dollar pada Isnin lalu tidak berpandukan berita yang jelas, tetapi masih mengukuh pada hari tersebut. Penganalisis berpendapat ia adalah disebabkan pelabur yang membeli US dollar berikutan jangkaan positif terhadap  kenaikan kadar faedah Fed yang lebih banyak pada tahun ini.

US dollar juga membuat kenaikan pada Selasa lalu walaupun terdapat peristiwa-berisiko (risk-event) pengumuman Presiden Trump terhadap perjanjian nuklear Iran. Penganalisis berpendapat US dollar menjadi pilihan sebagai safe-haven di samping Yen pada hari tersebut. Disebabkan kenaikan US dollar matawang-matawang komoditi seperti AUD dan NZD jatuh disebabkan kejatuhan harga-harga komoditi yang dinilai dalam US dollar.

Akhirnya, kenaikan US dollar berakhir pada Rabu. Ada penganalisis berpendapat, ini adalah disebabkan kejatuhan Hasil-Bon Amerika Syarikat, namun jika diperhatikan secara teliti, US dollar jatuh pada sebelum Hasil-Bon membuat penurunan lagi. Oleh itu, pendapat majoriti penganalisis melihat kejatuhan US dollar pada Rabu adalah disebabkan tindakan pengambilan untung oleh pasaran.

Selepas itu, data inflasi CPI pula diumumkan pada Khamis di mana bacaan meleset daripada jangkaan pasaran. Dengan hanya kenaikan 0.2% berbanding jangkaan 0.3%, telah menambah lagi tekanan terhadap US dollar.

US dollar meneruskan kejatuhannya pada Jumaat, walaupun tiada sebab yang jelas. Ini dilihat masih diberi kesan oleh kemelesetan data inflasi CPI dengan majoriti penganalisis berpendapat ia adalah disebabkan oleh aktiviti pengambilan keuntungan oleh pasaran.

Berikut adalah julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu lalu dan minggu sebelum itu.

30 April – 4 Mei 7 – 11 Mei
Eur/Usd- Jatuh 229 pip Eur/Usd – Volatile 156 pip
Usd/Jpy – Volatile 140 pip Usd/Jpy – sideway 126 pip
Gbp/Usd– Jatuh 306 pip Gbp/Usd – sideway 157 pip
Usd/Chf- Naik 152 pip Usd/Chf – sideway 80 pip
Usd/Cad– Volatile 114 pip Usd/Cad – jatuh 268 pip
Aud/Usd– Volatile 109 pip Aud/Usd – volatile 154 pip
Nzd/Usd– Jatuh 104 pip Nzd/Usd – jatuh 138 pip

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat