Ulasan Semua News Besar Pasaran Forex Pada Minggu Lalu (2-6 April)

381

US dollar didagangkan bercampur-campur tetapi masih membuat kenaikan pada minggu lalu. US dollar dilihat mengukuh berbanding Yen, Swissy, Euro dan Aussie tetapi kalah berbanding CAD, GBP dan NZD.

Matawang greenback (USD) memulakan dagangan pada Isnin lalu dengan membuat pengukuhan walaupun tiada pemangkin yang jelas menyokong kenaikan itu. Ia sedikit membingungkan dengan sentimen pada hari tersebut adalah negatif terutamanya selepas China mengumumkan tariff terhadap import produk AS.

Pada Selasa, USD mulai melemah berbanding matawang utama khususnya dalam sesi Asia berikutan kebimbangan pasaran terhadap perang perdagangan. Namun, USD mula menguat semula pada sesi London hari yang sama.

USD sedikit tertekan pada Rabu apabila Trump mengancam untuk mengenakan tariff kepada 1,300 produk China sebagai tindak balas. Kelemahan USD lebih jelas dilihat pada petang Rabu apabila China mengumumkan tariff terhadap 106 produk AS yang berjumlah $50 billion. Namun, kelemahan ini tidak berpanjangan kerana pasaran melihat AS dengan mudah dapat berhadapan dengan tariff tersebut, ditambah pula dengan komen positif oleh penasihat ekonomi Trump pada penghujung sesi Rabu.

US dollar pada Khamis bergerak lebih kukuh apabila terdapat komen-komen positif oleh AS sejak daripada Rabu khususnya oleh penasihat ekonomi AS iaitu Larry Kudlow. Komen beliau yang terbaru menunjukkan AS-CHINA dalam rundingan dagangan dan kedua-duanya dijangka mengurangkan halangan perdagangan iaitu tariff.

Malangnya, data NFP pada Jumaat gagal menyokong kenaikan US dollar dengan data yang bercampur-campur. Kadar gaji meningkat dengan baik, tetapi tambahan pekerjaan (NFP) jatuh mendadak dengan kadar pengangguran yang meleset daripada jangkaan.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu lalu kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu lalu dan minggu sebelum itu untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

26 – 30 Mac 2 – 6 April
Eur/Usd– Jatuh 192 pip Eur/Usd – Jatuh 129 pip
Usd/Jpy – Naik 238 pip Usd/Jpy – Naik 183 pip
Gbp/Usd– Jatuh 235 pip Gbp/Usd – Naik 139 pip
Usd/Chf– Naik 150 pip Usd/Chf – Naik 129 pip
Usd/Cad– Sideway 125 pip Usd/Cad – Jatuh 211 pip
Aud/Usd– Jatuh 114 pip Aud/Usd – Sideway 78 pip
Nzd/Usd– Volatile 121 pip Nzd/Usd – Volatile 127 pip

 

Jom kita lihat ulasan data-data penting minggu lalu:

  • Penetapan polisi monetari RBA (Selasa)

Bank pusat Australia (RBA) mengekalkan kadar faedahnya di paras terendah 1.50% pada Selasa. RBA mengekalkan kadarnya seperti yang dijangka sejak ia diturunkan kepada 1.50% pada Ogos 2016. Gabenor Philip Lowe mengatakan, “inflasi dijangka akan kekal di paras rendah pada tempoh ini, berikutan peningkatan yang rendah dalam kadar gaji dan juga persaingan sengit dalam perniagaan.”

“Kadar pengangguran dijangka akan terus berkurangan dengan inflasi akan menuju sasaran tetapi secara beransur-ansur.”

Lowe juga telah beberapa kali mengulangi komen bahawa bank pusat tidak melihat kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat. Dalam ucapan Gabenor Lowe, beliau mengulangi kebimbangannya terhadap paras hutang yang tinggi dan tahap pendapatan rendah isirumah dan impaknya kepada perbelanjaan isirumah.

Dengan pengumuman bank pusat tengah hari tadi, RBA menunjukkan pasaran bahawa mereka tidaklah terburu-buru untuk menaikkan kadar faedah pada masa ini.

  • Indeks harga GDT (Selasa)

Indeks harga GDT iaitu data yang mengira perubahan harga produk tenusu di New Zealand merosot lebih rendah berbanding sebelum itu. Indeks ini jatuh 0.6% berbanding 1.2% sebelum ini.

  • Data PMI ISM sektor perkhidmatan Amerika (Rabu)

Ini adalah indeks sektor perkhidmatan di Amerika Syarikat yang mewakili sejumlah besar aktiviti ekonomi secara keseluruhan di negara ini. Oleh itu, data ini lebih penting berbanding dengan data ISM manufacturing PMI. Bacaan terkini indeks meleset kepada 58.8 daripada 59.5 sebelum ini. Indeks pekerjaan sektor ini pula meningkat kepada 56.6 berbanding 55 sebelum ini.

  • Data PMI sektor perkhidmatan UK (Khamis)

Aktiviti ekonomi dalam sektor perkhidmatan UK merosot pada Mac yang turut meleset lebih daripada jangkaan. Bacaan kali ini mengurangkan keyakinan terhadap ekonomi British di mana sektor perkhidmatan mewakili 80% Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP). Markit melaporkan indeks PMI sektor perkhidmatan merosot kepada 51.7 berbanding bacaan yang dicatat sebelum ini 54.5 Jangkaan pasaran untuk data kali ini ialah 53.9

  • Data pekerjaan Amerika Syarikat, NFP (Jumaat)

Data pekerjaan Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada Jumaat bercampur-campur di mana tambahan pekerjaan jauh meleset daripada jangkaan dengan kadar gaji menepati jangkaan pasaran. Non-Farm Payroll hanya bertambah sebanyak 103,000 pada Mac berbanding jangkaan 190,000. Data kali ini jauh meleset daripada bacaan sebelum ini yang merekodkan tambahan 313,000 pekerjaan.

Kadar pengangguran juga meleset daripada jangkaan dengan catatan 4.1% lebih tinggi daripada jangkaan 4.0%. Bacaan kali ini tidak berubah daripada sebelum ini.

Manakala bacaan yang lebih penting iaitu, average hourly earnings menepati jangkaan pasaran dengan kenaikan 0.3%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat