Ulasan Semua News Besar yang Menggerakkan Matawang Aussie

411

Matawang AUD didagangkan bercampur-campur dengan perubahan sentimen sepanjang minggu ini.  Matawang Aussie memulakan dagangan dengan baik pada Isnin yang disokong oleh sentimen risk-on dalam pasaran yang mana para penganalisis berpendapat ia disumbangkan oleh data NFP Amerika Syarikat yang begitu memberangsangkan pada 1 Jun 2018.

Aussie juga mendapat sokongan daripada data jualan runcit yang melebihi jangkaan iaitu 0.40% berbanding jangkaan kenaikan 0.30%. Aussie terus kuat pada Isnin dengan pasaran cuba mengambil risiko berikutan risiko politik Itali yang semakin reda.

Akhirnya momentum kenaikan AUD berkurangan pada Selasa dan kita dapat melihat penurunan matawang Aussie secara keseluruhan yang dikatakan sebagai hasil daripada tindakan pengambilan untung oleh pasaran.

Dalam penetapan polisi monetari RBA pada Selasa, tidak banyak perkara baru yang dinyatakan oleh RBA. Aussie juga memberikan tindak balas yang minimun selepas daripada penetapan tersebut. Antara sebab kejatuhan AUD pada Selasa adalah kejatuhan harga komoditi secara keseluruhan.

Sentimen beransur pulih pada Rabu dengan data pertumbuhan ekonomi Australia melebihi jangkaan pasaran (1.0% berbanding 0.9%). Ini menyebabkan kenaikan matawang AUD.

AUD akhirnya meneruskan penurunan pada Khamis dan Jumaat. Pasaran ketika ini dilihat berhati-hati menjelang mesyuarat negara G-7 pada hujung minggu ini. Disebabkan hal ini, safe-haven mendapat permintaan tinggi sebaliknya matawang berkadar faedah tinggi seperti AUD pula dijual.

Antara lain faktor kelemahan AUD adalah data perdagangan China. Lebihan dagangan China merosot daripada US$40.51 billion kepada hanya US$24.92 billion. AUD terkesan daripada data ini disebabkan hubungan perdagangan yang besar antara Australia dengan China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat