Ulasan Sidang Media Mario Draghi Selepas Mesyuarat Polisi ECB

65

ECB meningkatkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi pada 2017 kepada 2.4% daripada 2.2% sebelum ini yang dibuat pada September. Unjuran pertumbuhan pada 2018 juga ditingkatkan daripada 1.8% kepada 2.3% dan1.7% kepada 1.9% pada 2019.

Menurut Draghi risiko kepada pertumbuhan ekonomi Zon Eropah semakin seimbang.

Apa yang mengurangkan potensi untuk matawang Euro membuat kenaikan adalah unjuran terhadap inflasi. Unjuran terhadap inflasi tidak diubah daripada 1.5%. Manakala unjuran untuk 2018 ditingkat daripada 1.2% kepada 1.4% di mana unjuran untuk 2019 dan 2020 tidak berubah daripada 1.9% dan 1.7%.

Trader dilihat menjual Euro apabila mendapati unjuran inflasi kekal 1.7% pada 2020 masih di bawah sasaran inflasi ECB 2%. Jika sasaran inflasi tidak dapat dicapai pada 2020, peluang adalah kecil untuk menaikkan kadar faedah.

Draghi dalam sidang media menegaskan keperluan perubahan struktur ekonomi di seluruh Zon Eropah untuk meningkatkan kekukuhan dan mengurangkan pengangguran serta melonjakkan produktiviti dan potensi pertumbuhan ekonomi.

Dalam sesi soal jawab, presiden ECB menegaskan prospek postif ekonomi. “Kami lebih yakin hari ini berbanding dua bulan lalu,” kata beliau dengan manambah ‘pengukuhan ekonomi adalah hasil daripada ‘output gap’ yang semakin berkurangan.”

Output gap adalah perbezaan antara keluaran sebenar (actual output) ekonomi dan potensi keluaran (potential output). Potensi pengeluaran adalah amaun maksimum barang dan perkhidmatan yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah negara.

Berikut adalah pendapat penganalisis sebelum pengumuman polisi hari ini:

Petr Krpata strategist di ING Group memberi komen bahawa, “Kami menjangka mesyuarat ECB kali ini kurang signifikan kerana keputusan tentang ‘QE Tapering’ telah dibuat pada Oktober.”

“Kami menjangka Draghi akan mengurangkan sebarang jangkaan pasaran. Reaksi EUR/USD dijangka terhad hari ini.”

Kathy Lien, pengarah urusan di BK Asset Management berkata, “ECB telah mengurangkan amaun pembelian bon dalam mesyuarat sebelum ini, tidak banyak perubahan yang akan dibuat kali ini dengan pendirian mereka bahawa keperluan menyokong ekonomi beberapa bulan akan datang.”

Jacqui Douglas ketua makro strategist di TD Securities berkata, “Kami jangka ECB akan mengekalkan kenyataan pada Oktober.” “Fokus dalam kenyataan awal adalah kepada unjuran terkini. Kami jangka kenaikan kepada unjuran pertumbuhan ekonomi.”

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat