Ulasan Terbaru Presiden ECB Menarik Perhatian Para ‘Trader’!

386

Bank Pusat Eropah meninggalkan kadar faedah pada kadar yang dijangkakan pada hari Khamis, menamatkan siri 10 kenaikan kadar faedah berturut-turut yang belum pernah berlaku sebelum ini, dan mengekalkan panduan yang menunjukkan dasar yang stabil pada masa depan.

Berikut adalah beberapa catatan daripada komen Presiden ECB, Christine Lagarde, dalam sidang akhbar selepas mesyuarat dasar yang diadakan di Athens.

Mengenai inflasi, Lagarde memberi keyakinan bahawa keazaman kami adalah kekal dan keazaman kami untuk membawa inflasi ke 2% dalam jangka menengah. Beliau juga turut menyatakan bahawa pengurangan adalah masih sangat awal.

Pengukuran jangka panjang harapan inflasi kebanyakkannya berada di sekitar 2%. Walau bagaimanapun, beberapa petunjuk masih tinggi dan perlu dipantau dengan teliti.

Beliau juga menyatakan bahawa ekonomi kemungkinan akan tetap lemah untuk baki-baki akhir tahun ini. Tetapi dengan penurunan inflasi lebih lanjut, pendapatan sebenar isi rumah kian pulih dan permintaan untuk eksport kawasan Eropah meningkat, ekonomi sepatutnya kukuh dalam beberapa tahun yang akan datang.

Risiko terhadap pertumbuhan ekonomi masih lagi ke arah ke bawah dan ekonomi zon Eropah tetap lemah terutama didorong sektor perkhidmatan yang lemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat