Ulasan Terkini Ahli Fed Thomas Barkin Terhadap Ekonomi Amerika Syarikat!

308

Thomas Barkin, presiden Fed Richmond telah memberi ulasan terhadap situasi yang berlaku sejak akhir-akhir ini pada hari Selasa. Beliau berpendapat ketidakpastian dalam keadaan ekonomi dan suasana landskap politik akan membuatkan polisi monetari bank pusat kurang efektif buat masa sekarang.

Menurut beliau, sektor pengguna dan pasaran buruh berkemungkinan akan menyebabkan kadar faedah dikekalkan ataupun dinaikkan, sementara dalam masa yang sama, pelaburan, inflasi dan pasaran bon yang perlahan berkemungkinan akan menyebabkan kadar faedah akan dikurangkan.

Pada minggu lepas, Bank Pusat A.S telah mengambil keputusan untuk mengurangkan kadar faedah buat kali ketiga dalam tahun ini namun dinyatakan bahawa mereka tidak mempunyai pelan untuk kurangkan kos pinjaman lebih lanjut melainkan prospek ekonomi A.S merosot.

Lanjut Barkin, pada ketika ini firma-firma A.S mezahirkan kekecewaan terhadap polarisasi politik dan ketidakpastian terhadap peraturan yang diutarakan. Firma-firma perniagaan mengatakan setakat ini keadaan sekarang tidak memaksa mereka untuk kecilkan skala perniagaan namun terdapat kecederungan untuk susut dan semakin perlahan.

Akhir sekali, perang dagang AS-China masih lagi memperlahankan ekonomi global dan terdapat potensi akan beri impak lebih lanjut ke atas Amerika Syarikat. Bagi Barkin, mengurangkan ketidakapastian dalam perdagangan akan dapat menjana ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat