Ulasan Testimoni Pengerusi The Fed – Jerome Powell

415

Pengerusi the Fed, Jerome Powell telah mengeluarkan beberapa kenyataan antaranya US kini berada di landasan yang baik dengan pertumbuhan ekonomi yang stabil saban tahun sehingga tahun ini. Walaubagaimanapun, hal ini tidak disetujui beberapa ahli kongres yang mengkhuatirkan bahawa polisi perdagangan Trump dapat merosakkan perniagaan.

Powell dalam kenyataan bertulis telah memberi jawapan terhadap perkara tersebut dengan menyatakan bahawa akan ada hasil positif jika pentadbiran saling berunding antara satu sama lain.

Namun hal ini tidak disetujui oleh semua pihak, antaranya ialah Heidi Heitkamp, ahli demokrat yang mengatakan bahawa beliau kecewa dengan idea ”kerugian jangka pendek akan membawa kepada keuntungan jangka panjang”. Beliau menyatakan bahawa sektor tenaga telah terkesan, harga keluli naik lebih tinggi dan petani bimbang akan kehilangan pasaran.

Walaubagaimanpun Powell menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju sepenuhnya dengan tindakan Trump dan mengkritik beliau bahawa pengenaan tarif adalah langkah yang salah kerana US akan terkesan secara keseluruhan jika polisi itu terus berjalan terlalu lama.

Selain itu, Powell juga menegaskan bahawa dasar polisi yang dilaksanakan oleh Bank Pusat bagi keluar dari kemelut krisis kewangan semakin mencapai sasaran.

“Dengan dasar monetari yang sesuai, pasaran pekerjaan akan terus kukuh dan inflasi akan kekal hampir 2 peratus dalam beberapa tahun akan datang,” kata Powell.

The Fed “percaya bahawa buat masa ini cara terbaik adalah terus meningkatkan kadar faedah persekutan” tetapi seiring dengan pengukuhan ekonomi

.Terdapat beberapa ahli yang berpendapat bahawa the Fed seharusnya memberhentikan seketika kenaikan kadarnya pada tahun depan jika inflasi terkawal.

Pasaran menjangkakan bank pusat akan menaikkan kadar faedah sebanyak 2 kali pada tahun ini daripada paras bacaan sekarang.

Rumusan akhir daripada ucapan Powell ialah data-data baru yang dikeluarkan kelihatan menggalakakkan. Kadar faedah masih rendah, sistem kewangan stabil, pertumbuhan global terus meningkat, pemotongan cukai dan peningkatan perbelanjaan persekutuan. Semua ini akan meneruskan perkembangan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat