Ulasan Timbalan Gabenor Bank Pusat UK Terhadap Kadar Faedah

303

Timbalan Gabenor Bank of England (BOE), Ben Broadbent mengatakan dalam temuduganya pada hari ini dengan Telegraph bahawa bank pusat tidak akan menyuapkan pasaran dengan kadar faedah.

Beliau mengatakan beliau tiada masa untuk merungut tentang apa yang dilakukan oleh City of London, merupakan sebuah pusat kewangan global yang utama tentang paras petunjuk terbaik.

Menurut Broadbent, komunikasi BOE terutamanya adalah ditujukan kepada massa yang besar. The City seharusnya cuba memhami situasi kami kerana kita semuanya memiliki data yang sama.

Broadbent mempertahankan tindakan bagaimana bank pusat mengisukan sesuatu petunjuk dengan diikuti penetapan kadar faedah pada kadar yang sama pada hari Khamis dengan nada gabenor Mark Carney yang mengatakan kadar faedah dilihat akan dinaikkan sebelum akhir tahun.

Broadbent menambah, bahawa ekonomi UK sedang perlahan dalam pertumbuhan dan gaji berbanding dengan akhir tahun abad ke 19. Pada ketika itu merupakan era penggunaan wap.

Namun sekarang ekonomi sedang melalui fasa era digital, dan sedang menunggu waktu untuk menembusi batas dengan kehadiran kecerdasan buatan/ AI.

Pada ketika ini masih terdapat perbezaan pandangan tentang apakah yang menyebabkan ekonomi UK pelahan dimana ia telah berlaku hampir 1 dekad dan akhirnya menyebabkan pertumbuhan yang lemah dan kadar gaji yang stagnant.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat