Ulasan Umum Pertama Ahli Fed Thomas Barkin Terhadap Ekonomi Dan Kadar Faedah

248

Masih terdapat ruang bagi kadar faedah US untuk terus meningkat lebih jauh berikutan ekonomi US semakin kukuh, menurut Thimas Barkin, presiden Fed Richmond.

Menurut beliau, polisi monetari masih lagi akodomatif, dimana kadar pengangguran rendah dan inflasi semakin mendekati sasaran. Barkin merupakan ahli Fed yang boleh membuat undian kadar faedah.

Namun, Barkin juga mengatakan pasaran pekerjaan yang kukuh tidak menghasilkan peningkatan gaji. Barkin juga menyatakan kerisauan beliau bahawa pelan Jabatan Trump untuk mengenakan tarif telah menyebabkan kerisaun dalam kalangan ahli korporat.

” Prestasi ekonomi pada ketika ini masih kukuh, atas trend pertumbuhan, kadar pengangguran yang rendah, inflasi pada sasaran,” kata Barkin. Walaubagaimanapun, beliau enggan menjawab soalan beberapa kali beliau menjangkakan Fed akan menaikkan kadar faedah pada tahun ini.

Kebanyakkannya meramalkan terdapat 2 kali peningkatan kadar faedah pada tahun ini. Pembuat polisi juga mengatakan hal tersebut mungkin terjadi.

The Fed telah menaikkan unjuran jangka masa panjang bagi kadar “neutral” kepada 2.9 peratus pada Mac.

Barkin mengulas tentang ancaman tarif. Menurut beliau, terdapat isu terhadap keyakinan perniagaan dan orang-orang bisnes juga risau tentang hal ini, terutama terhadap halatuju makroekonommi ini.

Akhir sekali, Barkini menyatakan sejauh mana kadar faedah akan dinaikkan itu berdasarkan, ada tidak penambahbaikan dalam produktiviti.

Mesyuarat polisi the Fed bakal diadakan pada June 12-13 nanti.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat