Ultraman ‘Join’ Rakuten Dalam Pelancaran Platform NFT!

334

Syarikat e-dagang, Rakuten Group Inc rasmikan platform non-fungible token (NFT) yang dikenali sebagai Rakuten NFT.

Difahamkan rancangan penubuhan platform NFT telah diumumkan sejak September 2021 lagi susulan daripada pertumbuhan minat yang luar biasa terhadap ruang ini.

Di platform ini, pengguna bebas untuk membuat pembelian NFT, termasuk melakukan aktiviti dagangan peer-to-peer (P2P) NFT yang merangkumi pelbagai kategori: sukan, hiburan, muzik dan anime.

Lebih menarik, Rakuten NFT menawarkan one-stop platform kepada pemilik IP bagi penubuhan laman web tersendiri untuk penerbitan dan penjualan NFT.

Pengumpul NFT yang berminat untuk dapatkan NFT di platform tersebut boleh menggunakan ID Rakuten. Mereka juga berpeluang merebut dan membelanjakan Rakuten Points menggunakan ID masing-masing.

Beberapa NFT yang dilancarkan dan mendapat perhatian termasuklah: siri animasi Jepun, Ultraman; komik Kurogane Hiroshi G1 Gekitoshi (siri 2010) bertemakan perlumbaan kuda; rakaman rare dan terkenal dari rancangan TV Asahi Corporation; koleksi seni lukisan dari Art Powers Japan Association; karakter anime dari siri Tiger & Bunny 2 terbitan Bandai Namco Pictures Inc.; jenama pakaian Beams Co., Ltd.; muzik dari Up-Front Group Co., Ltd.; dan projek anime dari Goro Taniguchi, Estab Life.

Bagi NFT berkaitan sukan pula, Rakuten NF bercadang mahu lancarkan penjualan koleksi bola sepak J.League NFT Collection Players Anthem dan membangunkan Rakuten NFT Art Gallery sebagai ruang untuk kerja seni NFT yang menjadi pilihan Rakuten NFT.

Bagaimanapun, Rakuten NFT hanya tersedia untuk pasaran Jepun sahaja.

Sebagai rekod, Rakuten merupakan syarikat terawal yang mengaplikasikan pembayaran Bitcoin pada 2015 apabila berintegrasi dengan platform Bitnet. Pada 2019 pula syarikat ini telah lancarkan platfrom pertukaran mata wang kripto di bawah Rakuten Wallet Inc.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat