Umpama Mati Hidup Semula, Emas Terus Papar Pemulihan

660

Emas diniagakan stabil setelah memulakan dagangan minggu ini dengan positif sejak kejatuhan drastik minggu lalu ketika dagangan dolar greenback terus susut lebih rendah.

Sebelum bermulanya sesi Eropah, logam berharga itu didagangkan meningkat di sekitar paras harga $1,839 per auns, sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,840 per auns (2.20 petang waktu Malaysia).

Emas telah memulakan pemulihannya sejak hujung minggu lalu, setelah data pekerjaan AS menunjukkan bacaan yang lebih lemah daripada jangkaan pada bulan Januari sehingga mendorong kemerosotan US dolar.

Kenaikan harga terus didorong oleh kemajuan dalam usaha untuk meluluskan pakej rangsangan dan kenyataan Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen bahawa AS dapat mencapai pekerjaan penuh jika rancangan rangsangan Presiden Joe Biden diluluskan.

Sementara itu, penerbitan data inflasi AS pada hari Rabu yang dijangka akan menunjukkan peningkatan pada bulan Januari, telah menjadi tumpuan utama buat pasaran pada minggu ini.

Jangkaan peningkatan itu secara tidak langsung menyokong daya tarikan terhadap logam kuning emas sebagai lindung nilai inflasi ketika pentadbiran Presiden AS Joe Biden masih berusaha untuk meluluskan pakej rangsangan Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat