Undian Dewan Rakyat Jadi Penentu Kejayaan Awal Pelan Reformasi Cukai Trump

83

Kelulusan bajet belanjawan di dalam dewan rakyat merupakan perkara paling penting dalam merealisasikan impian Trump memotong cukai secara besar-besaran selepas sebahagian ahli Republik menolak usul tersebut walaupun diluluskan di dewan senat.

Sebelum ini, pelan belanjawan yang diluluskan dalam dewan senat (House of Senate) menjadi salah satu tonggak kejayaan dalam usaha Republik mendapatkan kelulusan reformasi cukai mereka melalui Kongres dengan jangkaan akan mendapat sokongan majoriti ahli Republik (parti kerajaan) tanpa perlu berdepan dengan undian ahli Demokrat di dalam dewan rakyat (House of Representative) hari ini.

Namun ketidaktentuan muncul kembali apabila sebahagian ahli Republik sendiri telah menolak cadangan untuk memotong cukai negeri dan cukai pendapatan rakyat, yang mana melibatkan golongan berpendapatan sederhana dalam negeri bercukai tinggi seperti New York, New Jersey dan California.

Dengan waktu undian yang semakin hampir pada malam ini, kebuntuan ini masih belum berjaya diselesaikan. Penggubal undang-undang Republik dijadualkan bertemu di pejabat pengerusi dewan (house speaker) Paul Ryan awal pagi esok bagi mendapatkan resolusi, namun hal ini mungkin ditangguhkan selepas selesai undian bajet di dewan rakyat.

Jika Kongres meluluskan pemotongan cukai ini, hal ini akan menjadi kejayaan pertama Trump dalam perundangan sejak beliau mengambil alih jawatan sebagai Presiden awal tahun ini.

Semalam wakil Republik New York, Peter King berkata, “Saya menggesa sesiapa ahli Republik yang mempunyai soalan mengenai SALT (state and local tax cut) untuk menolak undian esok (hari Khamis), dan terus menolak hal ini sehingga kita peroleh satu perkara yang kita boleh diterima”.

Namun beliau tetap menyokong perbincangan semula bagi menyelesaikan isu ini dengan mengenakan kredit cukai pada kadar pendapatan yang tertentu bagi menggantikan pemotongan yang dilakukan. Walau bagaimanapun, Leonard Lance, wakil Republik daripada New Jersey tetap tidak bersetuju dengan hal ini dan mahu memansuhkan peruntukan tersebut.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat