Undian “Pelan B” Brexit Ditolak, USD Gelisah Menantikan Keputusan Mesyuarat FOMC

723

Matawang Sterling mula menunjukkan kejatuhan pada nilai dagangannya setelah ahli Parlimen Britain mengundi untuk tidak bersetuju kepada pelan rancangan Theresa May untuk menghalang daripada risiko berlaku situasi kekecohan Brexit tanpa perjanjian. Dengan berbaki dua bulan lagi untuk Britain secara rasminya meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), Parlimen mengarahkan Perdana Menteri Theresa May untuk berunding semula berkenaan perjanjian keluar di mana EU tetap dengan pendirian tidak berubah. Sterling sebelum ini melonjak sekitar tiga peratus kenaikan pada dagangan Januari dipacu oleh jangkaan optimis pasaran bahawa Britain mampu menghindari situasi Brexit tanpa perjanjian. Para pelabur turut menjangkakan Sterling akan meneruskan pengukuhan, sebaliknya dagangan Sterling kembali goyah setelah penggubal undang-undang di Parlimen telah menolak “pelan B” May awal pagi tadi. Tarikh rasmi pengunduran Britain dari EU masih kekal ditetapkan pada 29 Mac ini.

Sementara itu, matawang dolar USD pula masih dilihat bergerak mendatar sejak awal dagangan minggu ini sehingga semalam berikutan pasaran berwaspada menantikan penetapan kadar faedah pada mesyuarat FOMC pada awal pagi esok. Jangkaan kadar faedah akan dikekalkan di mana situasi semasa tidak menyokong bank pusat untuk meneruskan proses pengetatan dasar monetari mereka setelah empat kali kenaikan kadar berlaku pada tahun lalu. Pada Jumaat pula, laporan data pekerjaan NFP di Amerika Syarikat pula akan menjadi tumpuan utama sebagai penutup tirai dagangan minggu ini.

Matawang komoditi dolar AUD masih terkesan daripada isu perang dagang dan juga kes penahanan Ketua Pegawai Kewangan Huawei Technologies, Meng Wanzhou. Timbalan Perdana Menteri China, Liu He akan meneruskan rundingan dagang baru pada Rabu dan Khamis di Washington dan sebarang keputusan akan turut mempengaruhi pergerakan nilai matawang Aussie. Namun, pada sesi pasaran Asia pagi ini Aussie mula menunjukkan kenaikan pada nilai dagangannya setelah data indeks harga pengguna (CPI) di Australia menunjukkan peningkatan pada angka bacaan. Kadar inflasi yang dijangka kekal di paras 0.4% sebaliknya mencatatkan kenaikan kepada 0.5% dan memberi isyarat bahawa perkembangan ekonomi dalam keadaan yang baik. Namun, bank pusat Australia perlu mempertimbangkan faktor lain juga selain daripada kadar inflasi tersebut sebelum membuat keputusan pada tindakan kenaikan kadar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat