Uniswap V3 Dilancarkan! Ini Serba Ringkas Tentang Uniswap V3

526

Uniswap pada tengah malam tadi menerusi laman media sosial Twitter mengumumkan pelancaran Uniswap Mainnet V3 akan berlangsung pada 5 Mei 2021.

Uniswap V3 disifatkan lebih fleksibel dan tampil sebagai automated market maker (AMM) yang paling efisien pernah diwujudkan.

Pelancaran V3 akan dilancarkan secara berasingan di mana akan bermula dengan mainnet L1 Ethereum pada 5 Mei, diikuti pula dengan pelancaran L2 di Optimism.

Uniswap menyaksikan sebanyak 20%-25% transaksi setiap hari di rangkaian Ethereum dan V2 telah menangani sebanyak $135 bilion transaksi sejak pelancarannya pada Mei 2020. Sementara itu V1 dilancarkan pada 2018.

Jadi, ada apa dengan V3?

+ Kecairan Bertumpu – memberi penyedia kecairan (liquidity providers, LP) kawalan terperinci terhadap julat harga bagi modal yang diperuntukkan.
+ Kepelbagaian Peringkat Kos – LP berpeluang menerima pampasan kerana risiko yang tinggi.

Jika ada yang bertanya adakah V3 lebih murah berbanding versi sebelumnya, Uniswap ada memberitahu penambahbaikan kali ini lebih menfokuskan kepada pelaksanaan perdagangan dan kecekapan modal.

Kos transaksi akan distabilkan dan dikurangkan oleh penyelesaian skala untuk rangkaian Ethereum pada masa akan datang, L2 di Optimisim.

Boleh jadi dengan perubahan yang dibawa kali ini oleh sektor DeFi di rangkaian Ethereum bakal mengakhiri persaingan sengit dengan Binance Smart Chain dan rangkaian lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat