Unit Metaverse Meta Platform Inc Catat Kerugian 7 Suku Berturut-Turut!

503

‘Pemikiran usahawan memang tengok rancangan jangka panjang dari yang pendek.’

Reality Labs, unit virtual reality (VR) dan metaverse milik Meta Platform Inc mencatat kerugian buat 7 suku berturut-turut namun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mark Zuckerberg masih berpandangan jauh.

Isi laporan Reality Labs memperlihatkan hasil sebanyak $11.1 bilion dan margin 29% pada Q2 2022, catatan terendah sepanjang 7 suku dari tahun 2021.

Sungguhpun begitu, Zuckerberg masih optimis dengan prospek Reality Labs dengan mengatakan bahawa unit tersebut akan terus mengalami beberapa siri kerugian sehingga aplikasi VR dan platform Metaverse benar-benar matang.

Jelasnya, Metaverse membawa peluang yang sangat besar dan beliau percaya dengan masa ia akan membawa pulangan jika tidak bilion mungkin trilion dolar.

Umumnya, Reality Labs bertanggungjawab membina aplikasi VR dan AR iaitu headset Quest yang akan digunakan Meta untuk menghubungkan pengguna dalam metaverse.

Dalam pada itu, seperti laporan korporat Meta Platform sebelum ini Zuckerberg menggariskan isu cabaran makroekonomi dalam mengira kerugian.

Turut diselitkan beliau tindakan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) yang menyaksikan peningkatan 75 mata asas.

Dalam pada itu, Meta dikatakan menghadapi saman mahkamah rentetan daripada pertuduhan memonopoli pasaran metaverse melalui penjenamaan semulanya.

Terbit aduan yang mengatakan tindakan Meta menghalang inovasi dan ‘persaingan kompetatif’ dalam kalangan syarikat yang ingin membina platform dan aplikasi Metaverse.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat