Universiti Malaya 20 Terbaik Asia Dalam QS World University Rankings Asia 2019

349

Universiti Malaya (UM) sekali lagi membanggakan negara apabila berjaya tersenarai dalam 20 Universiti Terbaik di Asia bagi edisi 2019. QS World University Rankings Asia ini dikeluarkan sendiri oleh penganalisis pendidikan tinggi global QS Quacquarelli Symonds hari ini.

Daripada tangga ke-24 tahun lalu, UM naik ke tangga ke-19. Tempat pertama disandang oleh National University of Singapore (NUS), kedua University of Hong Kong (HKU) dan ketiga Nanyang Technological University (NTU).

Sebanyak 25 universiti dari Malaysia tersenarai dalam QS World University Rankings Asia kali ini.

Selain daripada UM, terdapat empat lagi Universiti yang tersenarai dalam 50 terbaik di Asia iaitu UPM (34), UKM (41), USM (43) dan UTM (47).

Ben Sowter, Pengarah Penyelidikan QS berkata, “Peningkatan universiti Asia telah dijangka sejak beberapa tahun lalu dengan kerajaan telah meningkatkan pelaburan mereka dalam pendidikan tinggi dan penyelidikan. Universiti di Malaysia telah berkembang sejak dekad yang lalu dalam ranking ini. Satu kanaikan yang pantas.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat