Unjuran Ekonomi Global Dijangka Suram Pada 2022 – Bank Dunia

266

Bank Dunia melihat prospek yang suram dalam ekonomi global pada tahun 2022 berikutan wabak Covid-19 yang terus menjejaskan pertumbuhan, terutamanya di negara miskin.

Menurut ramalan terbaru daripada Bank Dunia, pertumbuhan global diramalkan menurun dengan ketara kepada 4.1% daripada 5.5% tahun 2021.

Hal ini dipengaruhi oleh pengurangan yang disebabkan ancaman Covid-19 berterusan, penarikan semula rangsangan fiskal dan sokongan kewangan besar-besaran yang diberikan pada awal pandemik sebelum ini.

Bagaimanapun, Presiden Bank Dunia, David Malpass mengatakan kebimbangan terbesarnya adalah kemungkinan berlaku jurang ketidaksamaan global yang luas.

Ketidaksamaan ini akan mendorong, terumanya negara-negara miskin lebih terdedah kepada kerosakan ekonomi dalam usaha untuk memerangi inflasi.

Menjelang 2023, aktiviti ekonomi di semua negara-negara maju, seperti Amerika Syarikat, Zon Eropah dan Jepun, berkemungkinan akan pulih daripada kerosakan yang disebabkan wabak Covid-19.

Namun, pengeluaran di negara-negara membangun dan pesat membangun dijangka kekal 4% lebih rendah berbanding sebelum pandemik melanda.

Walaupun begitu, Bank Dunia memberi amaran bahawa inflasi yang berpanjangan, gangguan rantaian bekalan dan isu tenaga buruh, serta varian baharu Covid-19 berkemungkinan melembapkan pertumbuhan global.

Dalam pada itu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dijangka turut akan menurunkan unjurannya terhadap pertumbuhan ekonomi dunia pada 25 Januari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat