Unjuran Pendapatan Suku Keempat BESI Diturunkan Angkara Banjir

371

Pening kepala nak fikirkan wang yang terus keluar bagaikan air ni.

BE Semiconductor (BESI), pembekal peralatan pembuatan cip dari Belanda telah menurunkan prospek pendapatan suku keempat (4Q) ekoran musibah banjir yang melanda Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut, hujan lebat dan diikuti banjir telah menjejaskan kemudahan pengeluaran utamanya di Shah Alam Malaysia dan terpaksa menghentikan pemasangan produk bernilai sekitar 25 juta Euro.

Selain itu, kos membaiki atau menghasilkan semula sistem yang terjejas disamping kos berkaitan bahan dan buruh mencecah lingungan 4 hingga 6 juta Euro dan kos membaiki bangunan serta peralatan yang terjejas mungkin melebihi 2 juta Euro.

Rentetan itu, BESI meramalkan kejatuhan sekitar 15 ke 20 peratus dalam hasil 4Q berbanding 3Q yang dicapai pada 5 ke 10 peratus.

Dalam pada itu, BESI turut menjangkakan pesanan 4Q akan mencecah sekitar 180 ke 190 juta Euro yang meningkat 157.3 juta Euro daripada yang di catat pada 4Q tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat