Unjuran Terbaru IMF Ini Buatkan Pasaran Tetap Resah!

431

Institusi Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada hari Selasa telah mengumumkan unjuran terbaru mereka bagi pertumbuhan ekonomi global pada tahun 2021. IMF mengambil keputusan untuk menaikkan unjuran mereka pada tahun 2021 kerana dipercayai tahun ini akan kurang terjejas seperti tahun 2020.

Menurut IMF beberapa negara telah mendapat persetujuan untuk menggunakan dan pengedaran vaksin pada bulan Disember. Perekara ini telah meningkatkan harapan bahawa pandemik yang menjangkiti hampir 100 juta orang dan meragut lebih dari 2.1 juta di seluruh dunia dapat berkurangan.

Walaupun begitu, IMF memperingatkan bahawa ekonomi dunia terus berhadapan ‘ketidakpastian’ dan gelombang baru jangkitan Covidi-19. Penemuan varian Covid-19 menambahkan lagi risiko. Faktor-faktor seperti ini membuatkan IMF menjangkakan aktiviti global pada tahun ini akan tetap di bawah unjuran pra-Covid-19.

Disisi lain, hampir 90 juta orang terdapat kebarangkalian jatuh di bawah ambang kemiskinan yang berbentuk ‘extreme’ pada 2020-2021. Usaha untuk mengurangkan kemiskinan selama dua dekad terakhir terhapus berikutan impak Covid-19.

Dalam laporan terbaru, IMF meramalkan penguncupan global pada tahun 2020 adalah sebanyak 3.5%, naik 0.9% daripada ramalan bulan Oktober yang menjangkakan penguncupan 4.4%. Ini mencerminkan momentum yang lebih kuat pada separuh tahun kedua 2020.

Bagi tahun 2021, IMF meramalkan ekonomi akan bertumbuh 5.5% berikutan pengedaran vaksin dan pakej rangsangan yang diperkenalkan terutama dari Amerika Syarikat dan Jepun.Ramalan itu mungkin akan meningkat lebih tinggi sekiranya Kongres A.S. meluluskan pakej bantuan $ 1.9 trilion yang dicadangkan oleh Presiden Joe Biden.

Tamsilnya, IMF menyeru negara-negara harus terus mendukung ekonomi mereka sehingga aktiviti ekonomi kembali normal.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat