Unsur Sabotaj? Twitter Alami Gangguan Pada Hari Sama Jack Dorsey Lancar Projek Baru Bluesky

214

“Adakah Bluesky ni lagi bagus daripada Twitter atau pun dua kali lima je?”

Platform media sosial Twitter dilaporkan mengalami gangguan pada 1 Mac semalam dan kebetulan berlaku pada hari yang sama Jack Dorsey melaksanakan ujian beta untuk projek baharunya digelar Bluesky.

Isu Twitter tersebut telah diselesaikan dalam tempoh lima jam setelah 59% daripada pengguna platform itu membuat aduan tentang masalah di aplikasi mudah alih manakala 35% lagi di website.

Twitter masih belum memberi penjelasan mengenai punca gangguan tersebut, tetapi pelbagai laporan menunjukkan bahawa feeds “Following” dan “For You” tidak memaparkan sebarang tweet atau kandungan untuk pengguna.

Sejak Elon Musk mengambil alih Twitter, bilangan kakitangan di syarikat itu telah dikurangkan daripada 7,500 kepada 2,000 apabila baru-baru ini juga memberhentikan 200 lagi pekerja, di mana pengurus produk, saintis dan jurutera adalah antara pekerja dilepaskannya.

Semasa Twitter sedang bergelut dengan masalah itu, platform media sosial decentralized Dorsey, Bluesky mengorak langkah menjalani ujian beta peribadi setelah platform itu tersedia di Apple App Store sejak 17 Februari dengan lebih 2,000 muat turun.

Bluesky yang muncul sebagai produk sampingan Twitter pada 2019 adalah bertujuan untuk mewujudkan standard terbuka serta decentralized untuk media sosial.

Dalam pada itu, Twitter sedang membangunkan ciri pembayaran untuk aplikasi tersebut yang berkemungkinan akan mengaplikasi fungsi mata wang kripto pada masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat