Untung Besarlah Grab Lepas Ni!

1,092

Menurut sebuah laporan, Alibaba Group Holding Ltd sedang dalam perbincangan untuk melabur sebanyak $ 3 bilion dolar di firma e-hailing terbesar di Asia Tenggara Grab Holdings Inc.

Selain itu, syarikat terkemuka China itu didakwa akan menjadi satu-satunya pelabur dalam pusingan pendanaan dan membelanjakan sejumlah dana untuk memperoleh sebahagian daripada saham Grab yang dipegang oleh Uber Technologies Inc.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga syarikat bertindak untuk berdiam diri dan tidak mengeluarkan apa-apa respon berhubung isu berkenaan.

Sebelum ini, Uber telah menyerahkan operasinya di Asia Tenggara kepada Grab pada bulan Mac 2018 serta memiliki saham sebanyak 27.5% dalam perniagaan Grab.

Pada bulan April, Uber mendedahkan bahawa mereka terkesan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 sehingga mencatatkan penurunan berbilion dolar.

Manakala Grab, yang dianggarkan bernilai sebanyak $ 14 bilion dan menganggap SoftBank Group Corp sebagai salah satu penyokongnya, berkembang menjadi perkhidmatan kewangan, penghantaran makanan dan pembayaran mudah alih sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bahkan sebelum pandemik Covid-19 menjejaskan perkhidmatan e-hailing.

Namun begitu, pada bulan Jun, Grab telah mengumumkan pengurangan kakitangan sebanyak 5% untuk mengurangkan kos ketika mengalami kadar pertumbuhan yang perlahan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat