Untunglah China, Biden Nak Hapuskan Tarif Trump Untuk Kurangkan Inflasi

459

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mungkin akan menurunkan beberapa tarif yang dikenakan terhadap import China untuk membantu mengawal kenaikan harga pengguna di negara itu.

Ketika berucap kepada negara pada hari Selasa, Biden memberitahu bahawa White House sedang mengkaji semula penalti yang dikenakan semasa pemerintahan bekas Presiden Donald Trump sebelum ini.

Beliau turut mengatakan mereka sedang mempertimbangkan apa yang akan membawa kesan lebih positif, sambil menambah penghapusan tarif tersebut kini sedang dalam perbincangan.

Pengenaan tarif ke atas barangan import China ketika perang perdagangan oleh Trump telah menyebabkan kenaikan harga dari lampin hingga pakaian dan perabot.

Sejauh mana penghapusan ini akan meredakan inflasi adalah perkara yang mkenjadi perdebatan di kalangan penganalisis, tetapi ramai yang mengatakan langkah ini adalah antara beberapa pilihan yang tersedia untuk White House membendung kenaikan harga.

Biden terus mengulangi kenyataannya sebelum ini yang menyalahkan Covid-19 dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah menyebabkan inflasi AS melonjak ke paras tertinggi 40 tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat