Untunglah! Dua Faktor Ini Terus Menyokong USD

577

Sentimen berisiko terus meletakkan pasaran dalam keadaan tidak menentu dengan menyaksikan dagangan euro berlegar di sekitar paras terendah berikutan ditekan oleh raja mata wang US dolar yang mendapat permintaan pelabur sebagai safe-haven.

Euro didagangkan di sekitar harga 1.1300 pada permulaan sesi Asia selepas tergelincir lebih rendah pada sesi sebelumnya. Sementara mata wang yen terus mempamerkan prestasi terbaiknya dalam tempoh satu minggu.

Pergerakan dalam pasaran mata wang dilihat lebih berhati-hati dengan tumpuan terarah sepenuhnya pada perkembangan baharu dalam ketegangan antara Rusia dan Ukraine.

Tindakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy menimbulkan kegelisahan buat pelabur selepas beliau mengarahkan rakyatnya untuk mengibarkan bendera negara dan menyanyikan lagu kebangsaan pada 16 Februari, tarikh yang didakwa oleh media-media Barat bahawa Rusia akan memulakan serangan. Beliau menamakan hari tersebut sebagai ‘Hari Perpaduan’.

Selain daripada krisis geopolitik, para penggubal dasar Fed telah mula berdebat mengenai bagaimana mereka akan memulakan kenaikan kadar faedah yang akan datang pada mesyuarat polisi pada bulan Mac.

James Bullard, yang minggu lalu telah mencadangkan kenaikan besar sebanyak 50 mata asas telah mengulangi kenyataan tersebut pada ucapannya pada sesi New York. Sementara penggubal dasar lain pula masih lagi berhati-hati dalam kenyataan mereka.

Ketegangan di Ukraine dan prospek yang lebih agresif oleh Fed, dilihat menjadi penyokong buat dagangan dolar greenback pada minggu ini.

Tumpuan pelabur seterusnya disasarkan kepada penerbitan indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat pada malam ini yang dijangka akan terus menunjukkan peningkatan pada bulan Januari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat