Untunglah Peniaga Lepas Ni, Kerajaan Buat “MalaysiaMudah”

615

Kerajaan mewujudkan MalaysiaMudah atau #MyMudah dalam usaha memastikan syarikat dan organisasi perniagaan tidak terbeban dengan peraturan merumitkan serta birokrasi.

Ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, langkah itu dijangka akan mengurangkan kos perniagaan dan mewujudkan peluang pekerjaan di samping memacu pertumbuhan ekonomi.

Tegas Mustapa, pemilik syarikat dan perniagaan boleh mengemukakan isu peraturan dan birokrasi yang dihadapi menerusi Portal Konsultasi Awam Atas Talian selain mengambil bahagian dalam dialog yang diadakan oleh Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Segala isu yang dibangkitkan akan dianalisis oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) dan kemudiannya dibawa ke mesyuarat EAC untuk dinilai sebelum sebarang keputusan dibuat.

Tambah Mustapa, segala keputusan yang dibuat ketika mesyuarat terbabit akan dilaksanakan oleh kementerian dan kerajaan negeri.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat