Update Pilihanraya Presiden US: Kemenangan Clinton akan Menambahkan Kerusi Demokrat di Dewan Senat

75

Hanya tinggal beberapa jam lagi bermulanya pengundian bagi rakyat US untuk memilih Presiden Amerika yang baru menggantikan Barack Obama. Donald Trump dan Hillary Clinton berkempen buat kali terakhir dalam beberapa negeri di US semalam.

Clinton mungkin akan menjadi Presiden Amerika Syarikat wanita yang pertama sejak Presiden Abraham Lincoln. Sungguh teruja juga dengan kemungkinan Presiden US wanita pertama yang akan memegang jawatan yang dianggap paling berkuasa di dunia.

Bagaimana agaknya seorang wanita mengetuai dunia dalam hubungan antarabangsa, polisi, dan politik dunia. Hillary pernah mengatakan di dalam debat sebelum ini bahawa beliau juga adalah seorang nenek dan sangat mengambil berat kepada masa depan generasi muda di masa hadapan.

Manakala kemenangan Trump akan mengecewakan ramai pihak kerana beliau adalah calon presiden yang paling kontroversi dalam sejarah. Beliau yang juga seorang ahli perniagaan berjaya mungkin memahami aspek ekonomi dalam sektor korporat yang menjadi penggerak kepada ekonomi sesebuah negara. Hal ini kita dapat lihat dengan pendirian polisi percukaian beliau yang mahu cukai korporat dikurangkan atas alasan cukai yang tinggi mengurangkan kemampuan syarikat untuk berkembang seterusnya menyumbang kepada peningkatan penawaran pekerjaan.

Kemenangan Clinton mungkin akan meningkatkan kemenangan kerusi di Dewan Senat kepada Demokrat.

Menurut Sabato Crystal Ball, kemenangan Clinton akan meningkatkan kemenangan kerusi di Dewan Senat sebanyak empat kerusi. Hal ini akan menjadikan kerusi Dewan Senat terbahagi kepada 50-50 dengan Republikan yang akan memberikan lebih kuasa kepada Tim Kaine sebagai Timbalan Presiden.

The New York Times pula meramalkan Demokrat akan menang di Dewan Senat sebanyak 56%.

Charlie Cook seorang editor dan penerbit di Cook Political Report meramalkan Demokrat akan memenangi lebih empat kerusi di Dewan Senat iaitu di negeri Illinois, Pennsylvania, Wisconsin, New Hampshire dan Nevada. Tambahnya lagi, Republikan akan mengekalkan kerusi Florida dan Indiana, namun beliau enggan membuat ramalan kerusi Missouri dan North Carolina.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat