Update Terkini: Mungkin Kita Akan Berhadapan Market Crash yang Lebih Buruk

71

Pilihanraya Presiden US mungkin akan mengecewakan pasaran dunia tidak kira pasaran kewangan, ekuiti atau pasaran bon dengan peluang kemenangan yang semakin tinggi berpihak kepada Trump. Beliau akan memegang jawatan yang paling berkuasa di dunia sebagaimana negara Amerika Syarikat itu sendiri merupakan negara kuasa besar dalam ekonomi mahupun politik.

Kemenangan Trump akan memberikan kejutan kepada dunia sama ada dari segi politik atau pasaran kerana dunia sebelum ini beranggapan kebarangkalian Hillary untuk menang adalah tinggi. Clinton mungkin memenangi undi popular tetapi ia tidak dikira.

Dalam beberapa jam lepas hinggalah sekarang semasa artikel ini ditulis, pasaran sedang meleset dengan Peso Mexico yang sedang mengalami kejatuhan yang dahsyat disebabkan prospek kemenangan kepada Trump yang semakin hampir ke White house.

Jika melihat pasaran sebelum ini iaitu beberapa minggu lepas, ramai yang tidak menyangka Trump sedang menghampiri 270 electoral vote berbanding Clinton. Clinton sebelum ini menjadi tajuk utama yang memberikan sentimen positif kepada pasaran. Pun begitu, ketika ini ia telah berubah hampir 100%. Ketegangan makin terasa semasa pengumuman FBI tentang pembukaan semula kes e-mel Clinton dan selepas itu selang seminggu FBI mengatakan tiada perubahan kepada keputusan yang telah dibuat pada bulan Jun lepas.

Ketika ini kita sudah dapat melihat, sedikit demi sedikit pasaran sedang bergolak (market crash). Hal ini dapat dilihat dalam pasaran seperti:

  1. Pasaran saham yang sedang jatuh berterusan sejak beberapa jam lepas.
  2. Pasaran hadapan US yang juga sedang jatuh mencapai harga terendah sejak Brexit.
  3. Harga Minyak susut menambahkan lagi ketaktentuan pasaran.
  4. Matawang Safe Haven yang sedang menguat kerana menjadi pilihan pelabur ketika ketaktentuan sebegini.
  5. Jiran Amerika iaitu Mexico dan Kanada menyaksikan matawang mereka jatuh tersungkur.
  6. Matawang US dollar itu sendiri jatuh berbanding matawang utama dunia yang lain yang dapat dilihat pada pasangan EUR/USD.

Pun begitu, pilihanraya masih sedang berjalan dengan kebanyakan negeri masih dalam kiraan yang berpihak kepada Trump. Pada ketika ini ketakutan dalam pasaran terhadap risiko pelaburan semakin memuncak yang dapat dilihat dalam kejatuhan kebanyakan pasaran.

Namun, masih ada pilihan pelaburan yang selamat seperti Yen, emas, dan Swiss Franc yang berstatus safe haven sebagai penyimpan nilai kepada pelaburan. Apa pun yang terjadi kita mesti melihat ke hadapan walau siapa pun yang akan memenangi pilihanraya presiden US 2016!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat