Update Terkini: Pasaran Matawang Sudah Mula Bergerak Laju !

102

Pasaran matawang masih bergerak dalam julat sederhana sejak semalam kerana berlangsungnya pilihanraya presiden US yang bermula pada pukul 9.30 malam pada selasa waktu Malaysia. Secara keseluruhan matawang USD masih menguat berbanding matawang utama dunia yang lain.

Hillary Clinton dan Donald Trump masing-masing telah mencatatkan kemenangan dalam persaingan yang agak sengit ini. Trump memang telah dijangkakan menang di kawasan konservatif seperti Indiana, Kentucky, West Virginia, manakala Clinton menang di Liberal Vermont setakat pukul 8 pagi waktu Malaysia.

Pun begitu, US dollar melemah berbanding Yen sebanyak 0.4% selepas menguat ke paras tertinggi di paras 105.250. Seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini USD menguat apabila jangkaan kemenangan kepada Hillary semakin tinggi dan begitu juga sebaliknya. Dijangka pasaran akan mula volatile (turun-naik) bermula daripada ketika ini berikutan sebahagian kecil kawasan telah pun menyelesaikan pengiraan undi. Pasaran akan semakin volatile dalam julat yang tinggi dari masa ke masa bermula dari sekarang.

Pada minggu lepas US dollar jatuh berbanding Yen berikutan persaingan yang semakin sengit dan sentimen pungutan suara yang dibuat oleh agensi berita utama di US.

Manakala matawang yang paling banyak mendapat kesan adalah Peso Mexico. Peso bergerak secara volatile (turun-naik) dengan USD menguat sebanyak 0.5% pada 18.37. Pergerakan volatile ini dapat dilihat pada pasangan USD/MXN yang akan menguat jika kebarangkalian Trump menang adalah tinggi dan begitu juga sebaliknya. Hal ini disebabkan pendirian Trump yang terlalu protective (menjaga) ekonomi US dan beliau pernah mengatakan akan merundingkan semula Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) yang dianggapnya hanya banyak merugikan US. Dolar Kanada juga dijangka akan mendapat kesan yang besar daripada pilihanraya ini.

Kedua-dua matawang ini dijangka akan banyak menerima tempias dari pilihanraya US kerana faktor regional factor (kesan serantau) dan faktor US sebagai rakan dagang utama.

Menurut Ketua Strategi Pasaran Matawang di Bank Mizuho, “kita akan melihat matawang akan bergerak naik-turun sepanjang pengiraan undi electoral stage. Pasaran dilihat telah priced in (bergerak mengikut sentimen) kemenagan Hillary.”

Setakat pada masa artikel ini ditulis, pasaran matawang dilihat sudah menunjukkan volatility (turun-naik) yang signifikan dalam pasangan matawang utama dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat