Update Terkini Pilihanraya Presiden US: Yellen Akan Kekal Walaupun Trump Menang

55

Penganalisis ekonomi di JP Morgan, Michael Feroli mengatakan, Janet Yellen akan menduduki jawatan sebagai Pengerusi The Federal Reserve (Bank Pusat US) sekurang-kurangnya lagi 15 bulan selepas pilihanraya tidak kira siapa yang memenangi pilihanraya presiden.

Namun, presiden yang menggantikan Barack Obama ini akan mempunyai pengaruh yang kuat kepada Federal Reserve. Janet Yellen akan menduduki kerusi Pengerusi The Fed sehingga Februari 2018.

Akta Federal Reserve hanya membenarkan Presiden US sahaja untuk memecat Gabenor The Fed dengan sebab. Pun begitu, sejak The Fed ditubuhkan belum pernah lagi seorang presiden US memecat gabenor bank pusat US ini.

Sejak Penubuhan The Fed belum pernah lagi seorang Gabenor The Fed berkhidmat kepada dua orang presiden yang berlainan parti, kecuali Janet Yellen dan William Miller.

Bagi Penganalisis ekonomi di JP Morgan ini, dia tidak melihat Yellen akan memberikan pengaruh yang signifikan kepada Trump berkaitan polisi monetari.

 

Bank Pusat Switzerland (SNB) Sudah Bersedia Untuk Melemahkan Matawang CHF !!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat