Update Terkini: Prospek Kemenangan Clinton Semakin Berkurang

61

Trump setakat ini telah mendahului Clinton dalam undian Electoral Votes sebanyak 137 berbanding Clinton 104. Pun begitu, harus diingat pada awal pengiraan undi telah dijangkakan Trump akan mendahului kerana pengiraan  yang lebih awal di kawasan kuat Parti Republikan.

Florida yang dianggap sebagai antara key-state (negeri utama) setiap kali pilihanraya, sedang dalam proses pengiraan undi. Pengiraan undi di Florida sudah hampir siap sebanyak 93.8%. Dalam pengiraan ini Trump mendahului sebanyak 49.2% berbanding Clinton 47.7%.

Menurut penganalisis ekonomi di Natixis Sa, Trinh Nguyen, “Trump akan menawan Florida dan ini bermakna jangkaan kepada persaingan sengit sebelum ini menjadi kenyataan”.

Setakat ini kita dapat melihat dalam rajah di bawah negeri-negeri yang telah dimenangi oleh kedua-dua calon. Merah menandakan Trump menang dan sebaliknya biru berpihak kepada Hillary, manakala hijau masih dalam proses pengiraan.

land-62
Sumber: Politico.com

Pasaran menjangkakan peluang untuk kenaikan kadar pada Disember berada pada paras 76% berdasarkan index swap semalaman yang didagangkan 24 jam sehari berbanding 82% sebelum ini. Ini menggambarkan pengurangan sedikit kepada keyakinan pasaran terhadap kenaikan kadar jika prospek kemenangan Trump meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat