US Dolar Akhirnya Berakhir Dengan Positif Minggu Ini Disokong Oleh FOMC dan Data NFP

1,457

Selepas enam minggu berturut-turut mengalami kejatuhan, US dolar akhirnya merekod kenaikan pertama pada minggu ini. Sudah tentu ia banyak disumbangkan oleh data pekerjaan (NFP) yang memberangsangkan pada Jumaat.

Us dolar dilihat cuba membuat pemulihan pada minggu ini, namun pergerakan agak bercampur-campur kepada US dolar. Jika bukan disebabkan data NFP yang positif US dolar sememangnya merekodkan kejatuhan sekali lagi pada minggu ini berdasarkan indeks US dolar.

Dua tumpuan pasaran pada minggu ini adalah kepada penetapan polisi FOMC dan juga data NFP.

Federal Reserve melalui FOMC menepati jangkaan dengan mengekalkan kadar faedah di paras 1.50%. Pasaran tidak menjangka perubahan yang jelas kepada polisi monetari dan ia jelas dalam pengumuman polisi pada Rabu waktu Amerika Syarikat. Dengan itu, pergerakan pasaran juga agak perlahan selepas polisi diumumkan pagi tadi.

Berbalik kepada kenyataan polisi The Fed, secara keseluruhan ia dilihat lebih hawkish daripada sebelum ini dengan penambahan perkataan yang lebih positif dari segi pengetatan polisi. The Fed memberikan isyarat akan meneruskan halatuju pengetatan polisi dengan ekonomi berkembang pada kadar yang mampan. Dengan itu, US dolar mengukuh sejak pembukaan pasaran Asia pada Khamis yang jelas dilihat dalam pasangan matawang USD/JPY dan EUR/USD/.

Data pekerjaan pula menambah kenaikan US dolar dengan kedua-dua data tambahan pekerjaan (employment change) dan kadar gaji (average hourly earnings) merekod kenaikan. Pekerjaan di AS meningkat sebanyak 200,000 melebihi jangkaan 181,000. Kadar gaji naik sebanyak 0.3% pada Januari melebihi jangkaan 0.2%. Dengan kombinasi dua data pekerjaan AS yang positif ini telah melonjakkan US dolar pada Jumaat di mana ia jelas dilihat dalam pasangan matawang USD/JPY.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu lalu kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu lalu dan minggu sebelum itu untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

22 – 26 Januari 29 Jan – 02 Feb
Eur/Usd- naik 324 pip Eur/Usd – volatile 187 pip
Usd/Jpy– jatuh 295 pip Usd/Jpy – naik 207 pip
Gbp/Usd– naik 488 pip Gbp/Usd – volatile 298 pip
Usd/Chf– jatuh 352 pip Usd/Chf – volatile 141 pip
Usd/Cad– jatuh 215 pip Usd/Cad – naik 187 pip
Aud/Usd– naik 179 pip Aud/Usd – jatuh 201 pip
Nzd/Usd– volatile 170 pip Nzd/Usd – jatuh 141 pip

 

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat ulasan keseluruhan data-data dan event ekonomi sepanjang minggu lalu.

Laporan imbangan dagangan New Zealand menunjukkan rekod yang cemerlang. Berdasarkan laporan, New Zealand mencatat lebihan sebanyak NZ$640 juta dalam imbangan dagangan pada bulan Disember. Eksport bulan Disember naik 26% kepada NZ$5.55 billion. Bacaan ini melebihi jangkaan penganalisis dan bacaan bulan sebelumnya. Import pula naik kepada NZ$4.91 billion pada bulan Disember.

  • Data keyakinan perniagaan Australia (Selasa)

Indeks keyakinan perniagaan meningkat 4 mata kepada +11 mata pada bulan Disember. Bacaan ini merupakan rekod tertinggi sejak Julai 2017, walaupun sedikit tersasar daripada jangkaan penganalisis. Hal ini menunjukkan keadaan perniagaan kekal stabil. Peningkatan ini juga didorong oleh pengukuhan ekonomi global.

  • Indeks PMI China (Rabu)

Pertumbuhan sektor pembuatan China perlahan lebih daripada jangkaan pada Januari. Bacaan merekod paras terendah lapan bulan lalu berikutan pasaran hartanah yang semakin perlahan. Indeks PMI sektor pembuatan susut ke paras 51.3 pada Januari berbanding bacaan yang dicatat pada Disember iaitu  51.6. Jangkaan bagi data kali ini adalah 51.5. Dengan data China yang meleset ini, ia menjadi faktor tambahan kepada kejatuhan AUD pada Rabu.

Laporan kajian soal selidik Caixin yang menumpukan pada syarikat pembuatan kecil dan sederhana di China yang dikeluarkan pada hari ini melebihi jangkaan. Pengeluaran kilang merekod bacaan tertinggi 13 bulan lalu. Indeks tempahan pengurus Caixin/Markit mencatat bacaan 51.5 pada bulan Januari.

  • Data inflasi Australia (Rabu)

Bacaan inflasi Australia yang dikeluarkan pada Rabu meleset daripada jangkaan sekaligus mengurangkan potensi kenaikan kadar faedah Reserve Bank of Australia (RBA). Harga pengguna (CPI) hanya mencatat bacaan 0.6% pada suku keempat 2017 yang meleset daripada jangkaan 0.7%. Bacaan tahunan (YoY) pula merekodkan bacaan 1.9% yang juga kurang daripada jangkaan 2.0%.

  • Data Inflasi Zon-Eropah (Rabu)

Zon-Eropah merekod bacaan inflasi (CPI) 1.3% pada Januari sejajar dengan jangkaan, tetapi kurang daripada bacaan sebelum ini 1.4%. Bacaan core-CPI yang tidak mengambil kira harga makanan, tenaga, alkohol dan tembakau meningkat 1.0% pada Januari. Bacaan ini juga sejajar dengan jangkaan tetapi lebih tinggi daripada bacaan 0.9% sebelum ini.

  • Data ADP-NFP AS (Rabu)

Tahun baru 2018 bermula dengan catatan tambahan pekerjaan Amerika Syarikat yang begitu memberangsangkan dengan tambahan 234,000 pada Januari menurut ADP dan Moody’s Analytics.

“Pasaran pekerjaan terus meningkat,” kata Mark Zandi, ketua penganalisis ekonomi di Moosy’s Analytics. “Dengan kenaikan besar pada Januari, Amerika Syarikat berada pada landasan tepat untuk merekod tambahan 2 juta pekerja dua tahun berturut-turut.”

  • Indeks PMI sektor pembuatan UK (Khamis)

Aktiviti sektor pembuatan UK perlahan pada awal 2018 yang memburukkan sedikit keyakinan terhadap ekonomi Britain. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh IHS Markit, bacaan PMI indeks pembuatan UK itu hanya merekod bacaan 55.3 berbanding jangkaan 56.5 dan kurang daripada bacaan sebelum ini 56.2.

  • Indeks PMI sektor pembuatan AS (Khamis)

Indeks pembuatan mencatat bacaan 59.1 lebih berbanding jangkaan 58.7 tetapi lebih rendah daripada bacaan sebelum ini. Bacaan melebihi 50 menunjukkan prestasi positif sektor pembuatan manakala bacaan di bawah 50 menunjukkan prestasi negatif. Untuk pengetahuan anda, sektor pembuatan Amerika Syarikat mewakili 12% daripada keseluruhan ekonomi Amerika Syarikat.

  • Data NFP AS (Jumaat)

Pekerjaan di AS meningkat sebanyak 200,000 dengan kadar gaji (Average hourly earnings) turut merekod kenaikan. Kadar gaji naik sebanyak 0.3% pada Januari melebihi jangkaan 0.2%. Dengan kombinasi dua data pekerjaan AS yang positif ini telah melonjakkan US dolar pada Jumaat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat