US Dolar Bergerak Lemah, AUD/USD Pamer Kenaikan Dagangan Awal Minggu

501

Pergerakan pasaran perlahan pada permulaan dagangan minggu ini dengan ketiadaan data ekonomi utama pada Isnin.

Matawang US dolar dilihat bergerak lemah pada sesi Asia menyambung penyusutan pada penghujung dagangan minggu lalu.

Matawang komoditi pula menampil pergerakan yang meyakinkan dengan dolar Australia dan New Zealand mencatatkan kenaikan berbanding US dolar.

Dolar Aussie pamerkan kenaikan pada carta pasangangan matawang AUD/USD bermula awal sesi Asia hari ini dengan kenaikan telah melepasi paras ketinggian minggu lalu.

Pada minggu lalu, Aussie bergerak lemah pada awal minggu namun mula mempamerkan pengukuhan pada penghujung dagangan minggu lalu dan bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam pergerakan harga di carta AUD/USD.

Harga dilihat sedang menguji paras resistance sekitar 0.6440 yang diuji pada 2 minggu lalu yang gagal ditembusi sebelum penurunan ketara dipamerkan harga.

Jika harga berjaya tembusi resistance tersebut, paras ketinggian terbaru 8 minggu akan dicatatkan dan mungkin boleh mencapai sehingga ke paras 130 pips lebih tinggi.

Namun Aussie berisiko untuk bergerak lemah dengan data inflasi Australia bagi suku pertama 2020 yang akan diterbitkan pada sesi Asia esok hari dengan jangkaan bacaan data yang lemah.

Penurunan harga berkemungkinan akan menguji semula paras sokongan dinamik MA50 sebelum menuju zon support di bawah paras 0.6300.

Penurunan lebih rendah akan menuju pula paras tumpuan pada 0.6200 yang merupakan zon RBS (resistance become support).

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat