US Dolar Berjaya Bangkit Menuju Dagangan Penutup Minggu!

212

Menghampiri ke penutup dagangan minggu ini, US dolar telah kembali memaparkan pemulihan semula setelah bergerak lemah dari awal minggu.

Turut menyokong pengukuhan US dolar, data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) menunjukkan sedikit penurunan pada jumlah tuntutan pada minggu sebelum ini.

Tumpuan diberikan kepada acara mesyuarat polisi bank pusat utama di sesi Eropah semalam melibatkan bank pusat Switzerland dan England.

Swiss National Bank (SNB) membuat kejutan dengan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 1.25% apabila pasaran menjangkakan kadar untuk dikekalkan seperti sebelum ini pada 1.50%.

Mata wang Swiss franc menjunam parah sebaik sahaja pengumuman keputusan mesyuarat tersebut di awal sesi.

Seterusnya, menyusul pula keputusan mesyuarat Bank of England (BOE) dengan kadar faedah dikekalkan di paras 5.25% seperti ramalan pasaran.

Undian ahli MPC juga tidak berubah dengan 7 mengundi untuk kadar faedah dikekalkan dan 2 undian untuk menurunkannya.

Mata wang Pound paparkan penyusutan sehingga ke sesi New York semalam susulan pasaran menjangkakan BOE bakal melaksanakan pemotongan kadar faedah pada mesyuarat Ogos selepas meneliti kenyataan susulan oleh gabenor yang cenderung kepada nada dovish.

Mata wang utama lain seperti Yen dan dolar Aussie juga dilihat mula mengurangkan keuntungan yang diraih sebelum ini selepas pengukuhan US dolar yang tercetus kembali.

Tumpuan pasaran pada hari ini (Jumaat) akan terarah kepada terbitan laporan data PMI pembuatan dan perkhidmatan di Jerman, UK dan AS.

Walaupun US dolar mengukuh semalam, namun dilihat tidak memberi tekanan kepada dagangan emas apabila harga komoditi itu berjaya meningkat ke paras tertinggi 2 minggu mencapai sekitar $2,365.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat