US Dolar Catat Prestasi Cemerlang Menjelang Hujung Minggu! Ini Sebabnya

640

Indeks US dolar pada hari ini mencatat lonjakan yang ketara dan berada di landasan untuk keuntungan mingguan terbesar sejak April 2020 atas permintaan terhadap safe haven yang meningkat. Hal ini berikutan para pelabur bimbang terhadap kelembapan ekonomi selanjutnya selepas pegawai Rizab Persekutuan mengulangi keperluan untuk kadar yang lebih tinggi.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding enam matawang utama mengukuh 0.62% kepada paras dagangan 108.067.

Mata wang sterling susut 1% kepada $1.189 pada hari Jumaat dan dijangkan akan mencatat penurunan mingguan terbesarnya berbanding US dolar sejak September 2020, apabila kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi Britain semakin meningkat.

Mata wang Euro susut 0.48% berbanding US dolar kepada paras bacaan 1.004.

US dolar kembali mendapat suntikan berikutan ucapan para pegawai the Fed yang hawkish, yang menunjukkan bahawa the Fed masih iltizam untuk membendung inflasi.

Presiden Fed St. Louis James Bullard, rakan sekerja Fed San Francisco Mary Daly dan Presiden Fed Kansas City Esther George keseluruhannya berkata untuk meneruskan kenaikan kadar dalam usaha untuk melawan inflasi adalah munasabah.

Data China yang semakin lemah minggu ini dan krisis tenaga di Eropah meningkatkan kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi selanjutnya, yang turut melanda mata wang Eropah dan menyokong aliran selamat, tambah Foley.

Sentimen pengguna British pada Ogos jatuh ke paras paling rendah sejak 1974 berdasarkan satu tinjauan yang menunjukkan isi rumah berasa “rasa gusar” mengenai kenaikan kos apabila inflasi mencecah dua digit.

Data rasmi juga menunjukkan Britain meminjam lebih daripada jangkaan pada Julai, menggariskan cabaran yang dihadapi oleh perdana menteri negara itu mengenai cara memberikan lebih banyak sokongan kepada pengguna.

Pasaran wang kini menjangkakan Bank of England akan menaikkan kadar faedah kepada hampir 4% menjelang Mac. Ahli lembaga Bank Pusat Eropah Isabel Schnabel mencetuskan kebimbangan inflasi dengan mengatakan harga pengguna masih boleh meningkat dalam jangka pendek.

Pengerusi Fed Jerome Powell dijangkan akan memberi pengemaskinian mengenai keadaan yang berlaku pada simposium tahunan Jackson Hole pada 25-27 Ogos.

Disisi yang berbeza, mata wang kripto, bitcoin jatuh 8.7% kepada $21,437. Ethereum turun 7.75% kepada $1,700.

 

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat