US Dolar dan Euro Dijangka Bergerak Ke Arah Parity Eur/Usd 1.0000?

119

Matawang Euro menuju kepada nilai yang sama (parity) dengan matawang US dolar dalam masa 12 bulan akan datang, sama ada Marine Le Pen memenangi pilihanraya Presiden Perancis atau tidak.

Ketika ini Euro mendapat sokongan dari perkembangan terkini politik Perancis di mana Macron sedang mendahului tinjauan pendapat. Jika perkara ini diterjemahkan ke dalam pilihanraya nanti ia akan menguatkan Euro tetapi ia hanyalah melembatkan sedikit kejatuhan Euro sehingga sama nilai dengan US dolar, menurut Penganalisis di Deutsche Bank Asset Management.

Manakala jika Le Pen memenangi pilihanraya pula ia akan menyebabkan kejatuhan mendadak Euro, menurut individu yang mempunyai pengetahuan tentang hal ini dan Pengurus Aset berjumlah 607 billion pound.

Kunci yang paling penting adalah mudah iaitu “Euro menuju kepada nilai yang sama berbanding US dolar.” Ia bukanlah disebabkan oleh risiko geopolitik, tetapi disebabkan perbezaan kadar faedah di antara kedua-dua matawang di mana Federal Reserve kini dalam landasan mengetatkan polisi berikutan pengukuhan ekonomi Amerika Syarikat.

Manakala, European Central Bank (ECB) pula sedikit kurang yakin untuk menaikkan kadar dari polisi kadar faedah sifar sejak tahun 2014. Perbezaan ini atau ‘divergence‘ polisi monetari antara kedua-dua bank pusat sepatutnya menolak US dolar ke atas berbanding Euro yang masih diselubungi polisi yang terlalu akomodatif.

Secara umumnya, kadar faedah yang lebih tinggi akan menolak nilai matawang itu ke atas berbanding matawang yang lain. Hal ini disebabkan kadar faedah yang lebih tinggi di Amerika berbanding Eropah di mana instrumen pelaburan dalam US dolar akan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi. Ini menjadikan lebih ramai pelabur mahu membeli US dolar berbanding Euro yang menyebabkan permintaan US dolar meningkat dan menguatkan nilainya.

Sebelum ini, beberapa institusi meramalkan Euro-Dolar akan menjadi sama nilai pada awal 2017 selepas saja Donald Trump dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat.  Tetapi tiada ramalan yang menjadi kenyataan di mana kebanyakan bank tetap berpendirian ia akan berlaku dengan jangkaan dua lagi kenaikan kadar The Fed tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat