US Dolar Didagangkan Kukuh, Harga Emas Terus Jatuh – Sesi Eropah

310

Pasaran Matawang

Matawang US dolar semakin mengukuh berbanding matawang utama dalam sesi dagangan Eropah pada hari Isnin.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain mengukuh sebanyak 0.25% kepada 89.09 setakat jam 4.25 p.m.

Pengukuhan US dijangka terbatas kerana sentimen isu berkenaan komentar pentadbiran Trump yang berkhendakkan pengukuhan US dolar semakin pudar.

Matawang Australia dan New Zealand pula didagangkan rendah berbanding US dolar berikutan US dolar semakin pulih.

 

 

Pasaran Komoditi

Harga minyak brent mula menunjukkan kejatuhan daripada paras harga $70 setong. Walaubagaimanapun, harga minyak mengukuh sedikit dalam pasran Eropah.

Penigkatan harga minyak mentah didorong oleh permintaan yang kukuh dan usaha pemotongan pengeluaran minyak oleh OPEC dan Russia.

Harga minyak Brent setakat ini didagangkan di sekitar $69.92 setong. Harga minyak WTI naik 0.03% kepada $66.16 setong setakat jam 4.25 p.m.

Harga emas terus lemah berikutan US dolar yang semakin pulih daripada kejatuhan minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat