US Dolar Didagangkan Lemah, Harga Emas Meningkat Ke Paras Tertinggi 4 Bulan Lalu

348

Pasaran Matawang

Matawang US dolar didagangkan rendah berbanding matawang utama pada hari Rabu dalam sesi dagangan Eropah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain jatuh sebanyak 0.45% kepada 89.48 setakat jam 05.55 p.m.

Matawang EUR/USD mengukuh sebanyak 0.39% kepada 1.2346.

Penyusutan matawang US dolar dan pengukuhan euro dolar adalah disebabkan sentimen isu penutupan kerajaan persekutuan tidak dapat merangsang momentum matawang greenback tersebut.

Penutupan kerajaan (government shutdown) di Amerika Syarikat telah berakhir selepas Presiden Trump menandatangani rang undang-undang perbelanjaan sementara kerajaan.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mentah tidak banyak berubah dalam sesi dagangan Eropah. Manakala minyak brent mencatat kejatuhan.

Harga minyak Brent setakat ini didagangkan di sekitar $69.70 setong. Harga minyak WTI susut 0.05% kepada $64.44 setong setakat jam 05.55 petang.

Pelabur menjangkakan laporan mingguan akan menunjukkan peningkatan dalam pengeluaran minyak.

Harga emas pula naik ke paras tertinggi 4 bulan berikutan kelemahan matawang US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat