US Dolar Gagal Bertahan? – “Trader” Ambil Sikap Berhati-Hati!

716

Matawang US dolar terus mengukuh pada hari Isnin berikutan kenaikan dalam permintaan terhadap safe-haven di tengah-tengah peningkatan kes positif Covid-19 di Eropah dan Amerika Syarikat serta kurangnya kemajuan dalam pakej rangsangan Amerika Syarikat (A.S).

Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kes COVID-19 tertinggi selama dua hari berturut-turut dan begitu juga dengan Perancis. Sepanyol telah mengambil tindakan drastik dengan mengumumkan darurat dan Itali memerintahkan agar restoran dan bar ditututp pada jam 6 petang.

Mengenai isu pakej rangsangan,peaker Dewan A.S. Nancy Pelosi mengatakan pada hari Ahad bahawa beliau mengharapkan adanya maklum balas dari Rumah Putih pada hari ini. Beliau menambah bahawa adanya kemajuan dan kesepakatan dapat dicapai dalam masa terdekat.

Penganalisis pasaran, Joe Manimbo berpendapat bahawa para pelabur lebih cenderung memilih matawang greenback dimana kes Covid-19 semakin meningkat dan begitu juga dengan keraguan ke atas rundingan pakej rangsangan menjelang pilihan raya.

Indeks US dolar mencatat pengukuhan sebanyak 0.35% pada paras tukaran 93.088 berbanding matawang utama setakat jam 11.15 p.m

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat