US Dolar Jatuh 4 Minggu Berturut-Turut, Ini Penggerak Pasaran Sepanjang Minggu Lalu (08–12 Jan)

982

Matawang Euro, GBP, dan Yen mengaut banyak keuntungan pada minggu lalu yang di sokong oleh berita positif polisi monetari dan politik. Manakala US dolar terus ditekan oleh pengukuhan Euro sehingga menolak indeks US dolar di bawah paras 91.00 yang terendah sejak penghujung tahun 2014.

Matawang Euro membuat kenaikan ke paras tertinggi tiga tahun lalu berbanding US dolar pada Jumaat selepas laporan minit mesyuarat ECB menunjukkan bank pusat berkemungkinan akan mengubah panduan (guidance) bank pusat awal tahun ini.

Tidak cukup dengan itu, euro terus didorong perkembangan positif politik Jerman. Parti konservatif Chancellor Jerman Angela Merkel dan Social Demokrat mencapai perjanjian awal dalam rundingan penggabungan parti bagi membentuk kerajaan.

US dolar minggu lalu tidak banyak disokong oleh data-data ekonomi atau pun peristiwa (event) yang lain. Walaupun hasil-bon kerajaan AS naik hampir mencapai paras 2.60%, tetapi US dolar tetap saja sukar mengukuh dengan berita-berita yang lebih positif di Eropah dan Jepun. Beberapa ahli The Fed yang mengundi penetapan polisi monetari Fed tahun ini menyokong kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur, tetapi masih sukar menyokong US dolar sepanjang minggu lalu.

Apa yang menekan greenback selain daripada pengukuhan Euro adalah spekulasi dari China pada Rabu lalu.  US dolar menjunam pada petang Rabu dengan USD/CHF jatuh sehingga 67 pip, emas naik 130 pip dan EUR/USD, GBP/USD masing-masing naik 90 dan 80 pip.

Indeks pasaran saham niaga-hadapan (futures) Amerika Syarikat juga memberi respon signifikan dengan Dow Jones jatuh 100 mata selepas laporan tersebut. Hal ini disebabkan komen pegawai China yang mencadangkan pengurangan pegangan hutang Amerika Syarikat atau pengurangan pembelian bon kerajaan Amerika Syarikat. Komen itu sekaligus menyebabkan hasil-bon 10 tahun AS melonjak 2.592% berikutan jangkaan permintaan bon kerajaan yang semakin berkurangan.

Data inflasi (CPI) Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada Jumaat agak positif tetapi tidak banyak mengubah kedudukan US dolar sehingga matawang itu merekodkan kerugian pada minggu keempat berturut-turut.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu lalu kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu lalu dan minggu sebelum itu untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

01 – 05 Januari 08 – 12 Januari
Eur/Usd- 88 pip sideway Eur/Usd – naik 303 pip
Usd/Jpy– naik 125 pip Usd/Jpy – jatuh 248 pip
Gbp/Usd– naik 124 pip Gbp/Usd – naik 286 pip
Usd/Chf- sideway 98 pip Usd/Chf – jatuh 180 pip
Usd/Cad– jatuh 204 pip Usd/Cad – volatile 212 pip
Aud/Usd– naik 85 pip Aud/Usd – naik 117 pip
Nzd/Usd– naik 135 pip Nzd/Usd – naik 137 pip

 

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat ulasan keseluruhan data-data dan event ekonomi sepanjang minggu lalu.

  • Data inflasi China (Rabu)

Data inflasi China tersasar daripada jangkaan penganalisis. Berdasarkan kiraan tahunan, bacaan inflasi CPI jatuh kepada 1.8% berbanding jangkaan 1.9%. Berdasarkan kiraan bulanan, data CPI pada bulan Disember naik 0.3% berbanding jangkaan pada 0.4%. Producer Price Index (PPI) naik kepada bacaan 4.9% pada bulan Disember berbanding jangkaan pada 4.8%.

  • Data pengeluaran industri UK (Rabu)

Pengeluaran industri UK merekodkan kenaikan yang kukuh sekaligus menyokong kepada pertumbuhan ekonomi pada bulan terakhir 2017, namun sektor pembinaan sedikit meleset daripada data yang dikeluarkan Rabu lalu.

  • Data harga import Amerika Syarikat (Rabu)

Harga import Amerika Syarikat merekodkan kenaikan terendah dalam tempoh lima bulan pada Disember dan harga import teras melemah disebabkan penurunan harga makanan dan harga barangan pengguna. Jabatan Buruh berkata pada Rabu bahawa harga import meningkat 0.10% bulan lalu yang merupakan bacaan terendah sejak Julai dan jauh di bawah jangkaan penganalisis ekonomi iaitu kenaikan 0.5%.

Jualan runcit pada bulan November naik 1.2% daripada bulan Oktober. Tiga kali ganda naik daripada jangkaan penganalisis yang mensasarkan kenaikan hanya pada 0.4%. Peningkatan jualan Iphone Apple dan promosi Black Friday menjadi faktor utama dalam mendorong peningkatan jualan runcit Australia kepada paras tertinggi dalam tempoh 4 tahun pada bulan November.

  • Minit mesyuarat ECB (Khamis)

Secara keseluruhan, ahli-ahli ECB bersetuju dengan polisi monetari semasa. Beberapa ahli berpendapat  komunikasi di masa hadapan perlu diubah secara beransur-ansur. Dengan ini, kita berkemungkinan akan melihat perubahan panduan (guidance) dalam komunikasi ECB tentang polisi monetari khusunya program pembelian bon ketika ini pada awal tahun 2018.

  • Data harga pengeluar PPI Amerika Syarikat (Khamis)

Harga pengeluar Amerika Syarikat jatuh buat pertama kali pada Disember sejak satu setengah tahun yang lalu berikutan kemerosotan dalam kos perkhidmatan. Indeks harga pengeluar (Producer Price Index, PPI) susut 0.1% bulan lalu yang merupakan kejatuhan pertama data tersebut sejak Ogos 2016. Dari segi tahunan, PPI naik 2.6% selepas merekod kenaikan 3.1% pada November. Jangkaan untuk data kali ini adalah kenaikan 0.2% pada Disember dengan jangkaan tahunan 3.0%.

  • Data imbangan perdagangan China (Jumaat)

Eksport China melonjak naik sebanyak 10.8% dan import naik sebanyak 18.7% bagi tahun 2017 dalam kiraan yuan. Imbangan dagangan perdagangan China, mencatat lebihan sebanyak 310 billion yuan berbanding jangkaan hanya pada 235 billion yuan pada bulan Disember.

  • Data harga pengguna CPI Amerika Syarikat (Jumaat)

Indeks harga pengguna (CPI) meningkat sejajar dengan jangkaan pasaran pada Disember dengan data teras (Core-CPI) melebihi jangkaan. Pergerakan inflasi ini dilihat menyokong kepada kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur pada 2018.

Harga pengguna (CPI, consumer price index) bagi Amerika Syarikat meningkat 0.1% pada Disember menepati jangkaan pasaran. Dari segi tahun ke tahun (YoY) bacaan meningkat dalam tempoh 12 bulan sehingga Disember kepada 2.1% turut menepati jangkaan, tetapi sedikit rendah berbanding bacaan sebelum ini 2.2%.

Harga teras (Core-CPI) yang tidak mengambil kira harga barangan volatile (turun-naik) seperti makanan dan tenaga naik 0.3% melebihi jangkaan 0.2%, manakala bagi tahun ke tahun meningkat kepada 1.8% berbanding jangkaan 1.7%.

  • Data jualan runcit Amerika Syarikat (Jumaat)

Jualan runcit Amerika Syarikat pada Disember meningkat dengan bacaan pada Disember merekodkan kenaikan 0.4% bulan lalu. Bacaan pada November dikaji semula daripada 0.8% kepada 0.9%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat