US Dolar Kekal Hampir Di Paras Terendah 2 Minggu Lalu

54

U.S dolar kekal rendah mengampiri paras terendah 2 minggu lalu berbanding matawang utama pada hari ini berikutan perhatian para pelabur terhadap laporan inflasi yang akan dikeluarkan pada malam ini.

Matawang U.S dolar kembali menguat selepas laporan yang dikeluarkan Jabatan Buruh U.S menunjukkan tuntutan pengangguran jatuh melebihi jangkaan iaitu kepada 243 000.

Laporan lain juga positif apabila harga pengeluar (PPI) meningkat 0.4% pada bulan September, selari dengan jangkaan. Harga pengeluar teras (Core-PPI) tidak termasuk makanan dan tenaga juga meningkat 0.4%.

Data tersebut dikeluarkan selepas minit mesyuarat ahli FOMC yang berbeza pandangan berkenaan tempoh kenaikan kadar inflasi.

Pemain pasaran juga memberi tumpuan terhadap laporan harga pengguna (CPI) pada malam ini dan juga laporan jualan runcit U.S.

EUR/USD stabil pada bacaan 1.1831, manakala GBP/USD meningkat 0.01% ke paras harga 1.3303.

Pound menguat berikutan kenyataan oleh akhbar German pada hari Khamis yang menyatakan U.K boleh kekal dalam kesatuan Eropah untuk 2 tahun lagi. Sterling juga jatuh pada awalnya selepas ketua perunding EU Michel Barnier mengumumkan bahawa rundingan ke-5 ini tidak dapat menghasilkan kata putus.

Manakala Presiden Bank Pusat Eropah, Mario Draghi menyatakan pembelian aset ECB akan diteruskan sehingga ada tanda-tanda kemajuan terhadap inflasi yang lebih kukuh. Beliau juga menyatakan, kadar faedah mungkin akan berada di paras semasa sehingga selepas bank pusat berhenti membeli aset.

USD/JPY jatuh 0.14% kepada 112.12, manakala USD/CHF kekal pada 0.9753.

Matawang Australia dan New Zealand dolar kekal menguat dengan AUD/USD meningkat 0.37% iaitu pada 0.7849 dan NZD/USD meningkat 0.29% pada 0.7148 berikutan import China meningkat 18.7% bulan lepas dan eksport meningkat sebanyak 8.1%.

China merupakan rakan ekport terbesar Australia dan New Zealand pula merupakan rakan kedua eksport terbesar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat