US Dolar Kekal Kukuh, EUR/USD Teruskan Lagi Penurunan 150 Pips!

1,649

US dolar berjaya kekalkan pengukuhan sepanjang minggu ini walaupun dalam suasana pasaran yang masih berisiko dan data penting yang menjadi tumpuan semalam tidak memberi kesan negatif terhadap dagangan matawang utama itu.

Data tuntutan pengangguran (jobless claim) Amerika Syarikat untuk minggu lalu diterbitkan dua kali ganda lebih tinggi berbanding lonjakan sebelum ini iaitu pada angka 6.6 juta.

Namun bacaan data yang membimbangkan itu tidak memberi kesan terhadap US dolar kerana telah dijangkakan oleh pasaran sebaliknya US dolar terus mengukuh ekoran dalam keadaan kritikal ini pelabur terus meningkatkan pegangan tunai dan permintaan matawang safe-haven itu turut meningkat.

Berbanding Euro, harga terus ditekan lebih rendah pada carta pasangan matawang EUR/USD dengan penyusutan matawang Eropah itu sepanjang minggu ini.

Tambah membimbangkan dengan jumlah kes jangkitan COVID-19 dan kematian semakin meningkat terutama di Itali, Sepanyol dan Perancis dengan penularan pantas wabak pandemik itu.

Pergerakan harga pada carta EUR/USD mencatatkan sekitar 150 pips penurunan dengan pergerakan ketara pada sesi New York sehingga harga mencecah paras terendah sekitar 1.0820 di zon RBS (resistance become support).

Bergerak di bawah paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) dan juga trendline memberi isyarat lebih kukuh untuk trend bearish harga.

Sesi pasaran Asia menyaksikan pergerakan perlahan harga sementara pelabur berhati-hati menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada malam ini.

Data PMI perkhidmatan zon Eropah pada petang ini juga bakal mempengaruhi dagangan Euro.

Jika penurunan harga diteruskan, harga dilihat akan menuju sekita paras 1.07500 atau ke paras lebih rendah mencecah zon support pada 1.06500.

Namun jika kenaikan harga berlaku, harga akan cuba melepasi halangan MA50 sebelum menguji zon SBR (support become resistance) di bawah paras 1.1000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat