US Dolar Kekal Lemah Dengan Cuti Umum Di Amerika Syarikat Pada Isnin

790

US dolar meneruskan penurunan berabnding matawang-matawang utama yang lain pada Isnin dengan spekulasi bahawa ECB akan mengubah panduan (guidance) mereka seawal tahun ini. Di samping itu, ECB juga mula mengurangkan amaun pembelian bon bulan ini sehingga September sehingga membawa Euro ke paras tertinggi tiga tahun lalu.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain susut 0.44% setakat pukul 10.51 malam. Indeks ini juga mencapai paras terendah Disember 2014.

Pasangan matawang EUR/USD pula merekodkan kenaikan 0.55% setakat ini dengan mencatat keuntungan 360 pip sejak Khamis minggu lalu. Kini pasangan matawang ini bergerak di sekitar 1.2260 jauh dari paras signifikan 1.2000.

Dengan bank-bank pusat utama dunia kini semakin cenderung mengetatkan polisi, US dolar dilihat sedikit kurang menarik kepada pelabur-pelabur. Terbaru, Bank of Canada (BoC) dijangka akan menaikkan kadar faedahnya pada Rabu dari 1.00% kepada 1.25%.

Pasaran Komoditi

Minyak mentah dunia didagang bercampur-campur hari ini, tetapi masih bergerak di sekitar paras tertinggi dengan keyakinan pelabur terhadap usaha mengimbangi pasaran ini. Hari ini tiada dagangan di NYMEX disebabkan cuti umum di Amerika Syarikat.

Harga minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) didagangkan pada harga $64.70 setong 0.61% setakat pukul 11.02 malam. Manakala Brent didagang pada harga $70.09 setong naik 0.30%.

Harga emas di COMEX pula kekal berada di paras tertinggi empat bulan lalu dengan permintaan yang semakin meningkat. Niaga hadapan (futures) emas kini naik 0.40%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat