US Dolar Kekal Susut -Pemotongan Lanjutan Kadar Faedah Terus Menjadi Persoalan!

408

US dolar kekal didagangkan lemah berbanding matawang utama yang lain pada hari Khamis selepas berikutan keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) yang menurunkan kadar faedah telah memberi manfaat kepada kebanyakan matawang utama selain dolar Kanada.

The Fed telah mengambil keputusan untuk menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada julat sasaran antara 1.50% dan 1.75%, seperti yang dijangkakan. Langkah pelonggaran yang diambil ini adalah untuk membantu mengekalkan ekonomi AS dalam menghadapi perkembangan global dan menyediakan beberapa jaminan terhadap risiko yang berterusan.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut sebanyak 0.36% pada paras 97.093 setakat jam 11.35 p.m. Manakala matawang safe haven yen didagangkan kukuh berbanding US dolar.

Pada hari ini telah terdapat laporan yang menyatakan bahawa para pegawai China ragu-ragu dalam untuk mencapai perjanjian perdagangan jangka panjang dengan AS. China juga dalam masa yang sama dikatakan tidak mahu berkompromi dengan perubahan struktur yang besar.

Walaubagaimanapun berita terkini mengenai hubungan perdagangan AS-China sedikit positif apabila Trump telah mengeluarkan kenyataan pada hari ini bahawa Amerika dan China akan mengumumkan lokasi rundingan baru dalam masa terdekat, dimana beliau dan Presiden China, Xi Jingping akan menandatangani perjanjian perdagangan “fasa pertama”.

Disisi lain, matawang pound terus mencatat pengukuhan berbanding US dolar dengan pengukuhan kepada paras 1.2943 apabila PM UK Boris Johnson telah mendapatkan kelulusan untuk mengadakan pilihan raya pada 12 Disember selepas EU membenarkan penangguhan buat kali ketiga kepada Brexit.

Tumpuan pasaran kini pada prospek ekonomi menjelang laporan pekerjaan NFP pada Jumaat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat