US Dolar Kembali Kukuh, EUR/USD Catat Penurunan Harian 230 Pips!

560

US dolar kembali mempamerkan pengukuhan pada dagangan semalam berikutan peningkatan 1.02% pada hasil perbendaharaan Amerika Syarikat selepas Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin menyatakan pentadbiran akan melaksanakan langkah rangsangan dengan mempertimbangkan sejumlah $1 trilion suntikan dana ke dalam ekonomi.

Kebimbangan pelabur berkemungkinan mulai reda dengan usaha yang ditampilkan oleh Amerika Syarikat dalam menangani isu ancaman penularan wabak pandemik COVID-19.

Sementara itu, bank pusat Federal Reserve (Fed) pula mengumumkan bantuan kepada syarikat-syarikat dan perniagaan di Amerika Syarikat dengan pembelian bon jangka masa pendek untuk menyokong operasi asas.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam, harga telah berjaya mencatatkan penurunan 230 pips susulan pengukuhan US dolar berbanding Euro.

Penurunan ketara itu juga turut didorong oleh faktor penyusutan Euro selepas data tinjauan Zew sentimen ekonomi Jerman mencatatkan bacaan terburuk sejak 2011 yang diterbitkan pada sesi Eropah semalam.

Harga membuat penurunan dari zon halangan 1.11800 dan melepasi paras terendah harian sebelumnya pada 1.11000.

Penurunan diteruskan melepasi paras terendah minggu lalu sehingga ke bawah paras 1.10000. Harga yang menguji zon RBS (resistance become support) tersebut kembali membuat kenaikan ke sekitar paras 1.10000 semula selepas turun sekitar 40 pips lebih rendah.

Sesi Eropah pada petang ini bakal menerbitkan data inflasi bagi bacaan akhir di zon Eropah. Jika data catat bacaan lebih rendah, harga bakal meneruskan penurunan ke paras terendah terbaru dilihat menuju paras 1.08800.

Penurunan lebih rendah lagi dilihat akan menguji zon penting sekitar paras 1.08000 yang menjadi paras support harga pada dagangan Februari lalu.

Namun jika kenaikan harga berlaku, harga akan menguji zon SBR (support become resistance) 1.10500 dan juga paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50).

Kenaikan seterusnya akan menuju semula paras ketinggian harga semalam di zon SBR sebelum ini jika matawang Euro kembali mendapat rentak pengukuhan dalam pasaran.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat