US Dolar ‘Layu’ Mulakan Dagangan Di Awal Tahun Baru

428

Memulakan dagangan pada permulaan tahun 2021, US dolar meneruskan penyusutan nilainya setelah menutup dagangan Disember 2020 dengan prestasi yang corot.

Faktor pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) dan juga di seluruh dunia selepas pengagihan vaksin memberi tekanan terhadap safe-haven USD sementara memberi ruang untuk mata wang utama yang lain meningkat.

Pasaran Wall Street catat peningkatan turut menambahkan lagi tekanan buat US dolar. Indeks Dow Jones dan S&P 500 ditutup ke paras rekod tertinggi.

Pelabur berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP AS di penghujung minggu dan juga minit mesyuarat FOMC yang dijangka memberi impak besar terhadap dagangan US dolar.

Dunia masih lagi berdepan krisis pandemik dan langkah sekatan pergerakan terus ditingkatkan khususnya di Eropah. Sejak Disember, anggaran kasar dos vaksin yang telah diberikan sekitar 12 juta dos menurut Bloomberg.

Jumalah kes jangkitan di seluruh dunia telah melepasi 85 juta sementara angka kematian pada 1.85 juta.

Sekiranya kes jangkitan dan kematian semakin bertambah parah mengatasi pengagihan vaksin, US dolar berpotensi untuk mengukuh semula.

Mata wang Eropah seperti Pound dan Euro menunjukan peningkatan berbanding US dolar walaupun Euro menutup dagangan minggu lalu sedikit rendah selepas kenaikan yang dipamerkan.

Mata wang komoditi dolar Australia dan New Zealand turut pamerkan corak pergerakan yang sama, kembali meningkat untuk permulaan dagangan tahun ini selepas menutup dagangan minggu lalu sedikit rendah berkemungkinan faktor profit-taking.

Perkembangan mata wang kripto memberikan kegembiraan khususnya buat pelabur Bitcoin apabila aset Satoshi Nakamoto itu terus melonjak mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa melepasi paras $30,000.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat