US Dolar Masih Lemah? Ini Perkembangan Trader Perlu Tahu!

911

Kebanyakan matawang utama bertahan pada keuntungan yang diraih berbanding US dolar ketika pelabur kini menumpukan perhatian kepada penerbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada Jumaat ini sebagai panduan untuk dasar monetari Federal Reserve (Fed).

Dolar greenback telah bergelut sejak Pengerusi Fed, Jerome Powell dalam simposium Jackson Hole minggu lalu, gagal memberi petunjuk jelas mengenai pengurangan pembelian bon.

Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar kekal didagangkan di sekitar paras terendah tiga minggu walaupun mencatat sedikit kenaikan pada awal sesi Asia untuk diniagakan pada harga 92.73.

Dolar secara ringkas mengurangkan penurunannya pada sesi sebelum ini selepas indeks komposit S&P CoreLogic Case-Shiller dari 20 kawasan metropolitan menunjukkan harga rumah di AS meningkat pada bulan Jun dari tahun sebelumnya dengan kadar terpantas yang direkodkan.

Bagaimanapun, bacaan data keyakinan pengguna AS yang merosot ke paras terendah enam bulan disebabkan peningkatan kes Covid-19 membantutkan prospek ekonomi, telah membataskan pemulihan tersebut.

Dagangan euro sedikit berubah berbanding greenback, dengan matawang itu kekal diniagakan di atas paras harga 1.1800 pada sesi Asia. Beberapa bacaan data dari Zon Eropah hari ini akan menjadi perhatian, di mana bacaan akhir PMI pembuatan akan dikeluarkan.

Sementara itu, matawang pound kembali merosot selepas menyentuh paras ketinggian dua minggu berbanding dolar greenback dengan melonjak ke atas harga 1.3800 pada sesi sebelum ini.

Matawang yen Jepun pula sedikit melemah berbanding USD pada 110.20, berikutan kenaikan semula yang dicatatkan oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun pada tahap 1.32%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat