US Dolar Melonjak, Peluang Pekerjaan Bertambah 6.16 Juta Pada Jun

97

US dolar melonjak dengan EURUSD jatuh 55 pip setakat pukul 10.28 malam di mana USDJPY naik sehingga hampir 30 pip. Dengan pasaran sedang menunggu data-data yang lebih penting pada Jumaat, pasaran forex hari ini bergerak mendadak disebabkan oleh data pekerjaan US pukul 10 malam tadi.

Jumlah peluang pekerjaan di Amerika Syarikat pada Jun meningkat lebih banyak daripada jangkaan yang melonjakkan keyakinan terhadap  pasaran buruh di negara ini.

Data Job Openings and Labor Turnover Survey (JOLTS) yang menunjukkan jumlah peluang pekerjaan dan keluar-masuk pekerja dalam pasaran kecuali sektor perladangan.

Peluang pekerjaan meningkat sebanyak 6.16 juta pada Jun berbanding jangkaan 5.77 juta dan data sebelum ini yang hanya merekod kenaikan 5.7 juta pada Mei.

Laporan ini menjadi perhatian pasaran dengan ketiadaan data-data impak tinggi yang melibatkan US dolar sejak data NFP pada Jumaat.

Tambahan lagi data pekerjaan ini seakan menjadi faktor yang menyokong data NFP pada Jumaat yang menunjukkan pihak majikan juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan pada Jun.

Ketika ini US dolar terus melonjak selepas data dikeluarkan pukul 10 malam tadi, dengan keadaan pasaran yang masih dalam kecairan rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat