US Dolar Meneruskan Pengukuhan, Harga Minyak Masih Lagi Kukuh – Sesi Eropah

259

Pasaran matawang

US dolar didagangkan tinggi berbanding matawang utama pada hari Khamis dalam sesi dagangan Eropah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain mengukuh sebanyak 0.04% kepada 88.98 setakat jam 4.10 p.m.

Faktor pengukuhan US dolar dalam sesi Eropah masih lagi sama seperti sesi Asia. The Fed telah memberi indikasi bahawa kadar inflasi dijangkakan akan meningkat pada tahun ini. Kadar faedah masih sama, tiada sebarang perubahan.

Matawang EUR/USD menyusut iaitu sebanyak 0.01% kepada 1.2416. AUD/USD pula didagangkan susut sebanyak 0.43% kepada 0.8019. NZD/USD juga didagangkan susut kepada 0.7350 setakat jam 4.10 p.m.

Pasaran komoditi

Harga minyak meneruskan peningkatan dalam sesi dagangan Eropah .

Harga minyak Brent setakat ini didagangkan di sekitar $68.89setong. Harga minyak WTI didagangkan sekitar $68.88 setong setakat jam 4.10 p.m.

Harga emas sedikit jatuh dalam sesi Eropah sebanyak 0.01% kepada 1,343.00.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat